Berita Harian

Inter makin sayang Lukaku

-

Milan: Romelu Lukaku meledak dua kali bagi membantu Inter Milan kekal di puncak Serie A dengan kemenangan 3-1 ke atas Napoli, sambil memberi tekanan ke atas Juventus yang sebelum itu membelasah Cagliari 4-0 dengan hatrik pertama Cristiano Ronaldo di liga Itali.

Inter kendalian Antonio Conte menamatkan penantian 23 tahun untuk kemenangan liga di Naples dan kekal di tangga teratas, menyamai kutipan mata Juventus selepas 18 perlawanan tetapi mempunyai kelebihan perbezaan jaringan.

Lazio di tangga ketiga, enam mata ketinggala­n dengan satu perlawanan di tangan, selepas melebarkan deretan kemenangan liga kepada sembilan perlawanan susulan keputusan 2-1 menentang Brescia.

“Ia kemenangan penting, menang di Napoli bukan perkara mudah,” kata Conte yang merakam kemenangan ke-100 Serie A sebagai pengendali tetapi yang pertama di Naples.

“Napoli berada di belakang Juventus sejak beberapa tahun kebelakang­an ini manakala Inter jauh di belakang. Tahun ini kami merapatkan jurang itu.”

Ketiga-tiga gol Inter hadir hasil kesilapan Napoli - naib juara dua musim sebelum ini tetapi berada di tangga kelapan pada kempen kali ini.

Lukaku meletakkan Inter di depan pada minit ke-14 dan 33, dan penyerang Poland Arkadiusz Milik merapatkan jurang buat Napoli empat minit sebelum rehat.

Bagaimanap­un Lautaro Martinez memastikan kemenangan buat Inter di awal babak kedua.

“Kami melakukan banyak kesilapan dan menjaringk­an tiga gol sendiri,” kata pengendali Napoli Gennaro Gattuso.

Di Turin, Ronaldo menemui sasaran dalam lima perlawanan liga berturut-turut ketika mencetus kebangkita­n juara bertahan itu daripada kekalahan Piala Super Itali di tangan Lazio.

Ronaldo dan Lukaku bergabung meledak lima gol bagi membayangi kepulangan Zlatan Ibrahimovi­c ke AC Milan yang seri tanpa jaringan menentang Sampdoria. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia