Berita Harian

Harleein Tan julang trofi sulung

-

Kuala Lumpur: Atlet skuasy remaja kebangsaan Harleein Tan merangkul gelaran sulung di peringkat antarabang­sa musim ini apabila menjuarai kategori wanita bawah 11 tahun (B-11) pada Kejohanan Skuasy Terbuka Remaja British (BJO) di Birmingham, England, semalam.

Pemain kelahiran Negeri Sembilan berusia 10 tahun itu yang juga pemain pilihan ke-3, berjaya menewaskan pilihan kedua, Mariam Eissa dari England apabila memenangi 11-6, 11-9 dan 12-10 pada acara final yang diadakan di gelanggang kaca University Birmingham.

Terdahulu, Harleein mengejutka­n pemain pilihan utama, Jana Mohamed dari Mesir; 11-4, 11-5, 11-7 dalam saingan separuh akhir pada Ahad.

Sementara itu, Aifa Azman gagal dalam cubaannya untuk merangkul gelaran BJO keempat selepas kalah 7-11, 6-11 dan 14-16 kepada pilihan utama kejohanan, Jana Shiha dari Mesir dalam kategori B-19.

Sebelum ini, Aifa meraih gelaran juara B-13 pada 2014, B-15 (2016) dan B-17 pada 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia