Berita Harian

Aaron-wooi Yik ‘ajar’ V Shem-wee Kiong

Sedia tebus kehampaan kepada pasangan Kevin Sanjaya-marcus Fernaldi

- Oleh Helmi Talkah helmi.talkah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-soh Wooi Yik mengakui puas apabila dapat menumbangk­an senior mereka, Goh V Shem-tan Wee Kiong 21-19, 2118 dalam aksi pusingan pertama Masters Malaysia di Arena Axiata

Bukit Jalil, semalam.

Kemenangan itu dianggap suntikan moral terbaik buat Aaronwooi Yik yang ketika ini turut bersaing dengan V Shem-wee Kiong yang kini bergerak secara profesiona­l bagi merebut slot ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Dengan prestasi yang kami tunjukkan hari ini (semalam), memang kami rasa puas apatah lagi kami menang ke atas senior kami.

“Kami pernah menjalani latihan bersama sebelum ini dan memang sudah tahu corak permainan masing-masing,” kata Aaron ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Bagaimanap­un, naib juara Seluruh England 2019 itu tidak boleh terlalu selesa dalam misi memburu slot ke suku akhir apabila mereka dijangka berdepan tugas sukar untuk aksi pusingan kedua, esok.

Mereka diramal bertemu pasangan nombor satu dunia, Kevin Sanjaya Sukamuljo-marcus Fernaldi Gideon yang dijangka tidak berdepan masalah untuk menundukka­n Lin Chia Yu-yang Mingtse dari Taiwan pada pusingan pertama.

Dalam tiga pertemuan sebelum ini - di Terbuka Malaysia 2018, Terbuka Korea 2019 dan Terbuka Jepun 2019 - Aaron-wooi Yik tewas semua perlawanan di tangan pasangan Indonesia itu.

“Kami tewas tetapi kami berjaya beri tentangan sengit apabila mengheret sehingga set penentuan. Kali ini, kami harap boleh mengubah keputusan itu dengan kelebihan beraksi di tempat sendiri,” kata Wooi Yik.

 ?? (Foto Bernama) ?? Wooi Yik (kiri) bersama Aaron ketika beraksi menentang rakan senegara V Shem dan Wee Kiong pada pusingan pertama beregu lelaki pada Kejohanan Badminton Perodua Malaysia Masters 2020 di Axiata Arena Bukit Jalil, semalam.
(Foto Bernama) Wooi Yik (kiri) bersama Aaron ketika beraksi menentang rakan senegara V Shem dan Wee Kiong pada pusingan pertama beregu lelaki pada Kejohanan Badminton Perodua Malaysia Masters 2020 di Axiata Arena Bukit Jalil, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia