Berita Harian

Adam berdebar hadapi CEV

-

Kuala Lumpur: Biarpun penyertaan di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) masih menjadi tanda tanya namun pelumba muda negara, Adam Norrodin mahu menggunaka­n pengalaman yang dikutip di Kejuaraan Motosikal Dunia bagi menghadapi musim baharu Kejuaraan Moto2 Eropah (CEV) 2020.

Dijadual mula membuka tirai pada 26 April ini di litar Algarve, Portugal, pelumba yang menggantik­an slot Khairul Idham Pawi dalam saingan Moto2 dunia 2019 bermula di pusingan ke-13 di San Marino itu bakal kembali ke CEV dengan pasukan baharu, Dynavolt Intact SIC Junior Team.

“Sangat bertuah dan gembira dengan peluang diberikan ini,” kata Adam yang sebelum ini bersama pasukan SIC Junior Team dan menamatkan musim CEV 2019 di tangga ke-15 dengan 35 mata keseluruha­n.

“Saya boleh lihat Dynavolt ini adalah sebuah pasukan yang sangat kuat daripada dulu malah turut beraksi di saingan Motogp.

“Persiapan mereka sangat profesiona­l di litar. Tentunya pengalaman yang saya dapat di CEV dan Kejuaraan Dunia tahun lalu, akan saya gunakan sebaik mungkin bagi menghadapi musim baharu dan capai sejauh mana termampu di CEV,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia