Berita Harian

Saingan sengit rebut Piala Sumbangsih

-

Kuala Terengganu: Pengendali Pasukan Hoki Terengganu (THT) Muhammad Dhaarma Raj Abdullah, enggan melayan perang psikologi rakan sejawatnya daripada pasukan Universiti Kuala Lumpur (UNIKL), Arul Selvaraj menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam aksi Piala Sumbangsih di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Jumaat ini.

Pengendali berpengala­man itu tidak selesa jika pasukannya dilabel sebagai pasukan pilihan untuk mempertaha­nkan gelaran trofi itu musim ini.

Bagaimanap­un bekas pengendali skuad wanita kebangsaan itu mengakui kedua-dua pasukan bakal melalui medan ‘pertempura­n’ sengit untuk merebut gelaran juara musim ini.

Malah, beliau turut mengakui THT yang menutup tirai Liga Hoki Malaysia (MHL) 2019 dengan cemerlang selepas memenangi Piala Sumbangsih dan Piala TNB kini berdepan cabaran sukar untuk mempertaha­nkan gelaran itu lebih-lebih lagi lawannya itu sudah mekakukan persiapan lebih rapi bagi memastikan THT ‘berputih mata’ pada musim ini.

“Skuad UNIKL bukan calangcala­ng pasukan kerana mereka ada ramai pemain kebangsaan dan dua import Australia yang pernah menjadi juara dunia selain mempunyai penjaga gol berpengala­man dan terbaik dunia dari Ireland, David Harte.

“Situasi ini sudah pasti menjanjika­n persaingan yang sengit buat kedua-dua pasukan,” kata Dhaarma selepas Majlis Pelancaran Logo dan Jersi Pasukan serta Memperkena­lkan Penaja dan Pemain THT dan TLHT (Pasukan Hoki Wanita Terengganu) di sini, malam kelmarin.

Pada musim ini, THT mengekalka­n tiga pemain importnya musim lalu iaitu pakar pukulan sudut penalti yang juga ‘mesin’ pencetak gol dari Korea Selatan, Jang Jong Hyun dan rakan senegarany­a, Jung Man Jae serta pemain kelahiran Pakistan, Ammad Shakeel Butt dan penyerang, Muhammad Umar Bhutta dari Pakistan.

Selain itu, THT turut menyenarai­kan penyerang sensasi kebangsaan, Faizal Saari dan adiknya, Mohd Fitri selain Shahrun Nabil Abdullah; Nabil Fiqri Mohd Noor; B Namasivaya­m; Azri Hassan; Rashid Baharom dan penjaga gol, Hafizuddin Othman.

Pasukan TLHT yang dibimbing pengendali baharu, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim menyenarai­kan tiga pemain import iaitu Agostina Galimberti dan Micaela Andrada Farace dari Argentina serta Guzal Bakhavaddi­n dari Kazakhstan.

Majlis pelancaran itu disempurna­kan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankua­sa Belia, Sukan dan Badanbadan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia