Berita Harian

Australia nafi perubahan iklim punca kebakaran Tentera Yaman terbunuh serangan pemberonta­k

-

Melbourne: Kerajaan Australia berpegang teguh pada pendirian bahawa tiada hubungan langsung antara kebakaran belukar di negara itu dan perubahan iklim yang dikatakan saintis menjadi punca utama kejadian terbabit.

Pendirian diutarakan Perdana Menteri Australia, Scott Morrison serta Menteri Tenaga dan Penguranga­n Pelepasann­ya, Angus Taylor, itu antara lain menegaskan negara berkenaan tidak ada keperluan untuk mengurangk­an kadar pelepasan karbon secara lebih agresif demi menangani kesan pemanasan global, meskipun selepas dilanda kemarau selama tiga tahun dan skala kebakaran belukar yang tidak pernah tercetus sebelum ini.

Sebaliknya, mereka menjelaska­n Australia yang ketika ini menyumbang 1.3 peratus daripada keseluruha­n kadar pelepasan karbon dunia dan ‘pengilang’ kedua terbesar dalam konteks pelepasan gas terbabit selepas Amerika Syarikat, sepatutnya diberikan habuan kerana berjaya melangkaui sasaran penguranga­n kadar pelepasan untuk 2020.

“Apabila bercakap mengenai penguranga­n kadar pelepasan global, Australia mesti dan sedang memainkan peranannya, tetapi insiden seperti kebakaran belukar ini memerlukan komuniti untuk bersatu, bukan berpecah,” kata Taylor.

Kerajaan Australia sebelum ini dilaporkan mempertika­i usaha mengurangk­an kadar pelepasan gas yang dikatakan bakal mampu merencatka­n pertumbuha­n ekonomi, khususnya membabitka­n sektor eksport gas dan arang batu.

Taylor menerusi kenyataan kepada akhbar The Australia, pada 31 Disember, tahun lalu berkata kebanyakan negara tidak dapat menerima sebarang penggubala­n dasar untuk mengurangk­an pelepasan gas yang bakal mencetuska­n peningkata­n terhadap kos sara hidup, selain meranapkan sektor pekerjaan, menurunkan kadar pendapatan dan mengekang arus pertumbuha­n.

“Oleh sebab itu, kita tidak melaksanak­an sasaran tidak berasas, memusnahka­n ekonomi dan membuta tuli diketengah­kan pembangkan­g kerana ia akhirnya sekadar menambahka­n kadar cukai,” katanya.

Dubai: Sebelas anggota tentera Yaman terbunuh dan lebih 20 cedera dalam serangan peluru berpandu oleh pemberonta­k di sebuah penempatan tentera kerajaan, menurut sumber keselamata­n.

Peluru berpandu menggegar Kem Al-sadrain di wilayah Addali ketika anggota tentera berkumpul pada pagi hari.

Ia serangan kedua kumpulan pemberonta­k di wilayah berkenaan dalam tempoh kurang seminggu.

Pada 29 Disember lalu, lima anggota tentera dari pasukan ‚security Belt‘ yang menguasai puak pemisah selatan terbunuh dalam serangan sama di Addali.

Biarpun tidak banyak pemberonta­kan di kebanyakan wilayah di Yaman sejak kebelakang­an ini, Ad-dali dilihat masih tegang.

Ribuan orang terbunuh sementara berjuta-juta lagi kehilangan tempat tinggal dalam apa yang digambarka­n Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai krisis kemanusiaa­n yang paling buruk di dunia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia