Berita Harian

Kelab feeder perlu jadi contoh

Jaga pemakanan dan latihan tambahan kunci ketahanan stamina

- Oleh Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Dua pemain veteran Kuala Lumpur, Shukor Adan dan Indra Putra Mahayuddin membuktika­n status ‘kuda tua’ tidak menjadi halangan untuk memastikan ‘saham’ mereka dalam Liga Malaysia (Liga M) tidak jatuh.

Apa yang menarik, Shukor

dan Indra yang masingmasi­ng bakal mencecah usia 41 dan 39 tahun pada September ini memiliki tahap kecergasan yang lebih baik berbanding pemain yang jauh lebih muda.

Perkara itu disahkan sendiri Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustaffa selepas dua pemain itu merekodkan keputusan tertinggi pada ujian kecergasan yang dilakukan di Pusat Perubahan Universiti Malaya (PPUM) baru-baru ini.

“Kita hantar lapan pemain buat ujian kecergasan berdasarka­n sains sukan dan keputusan terbaik adalah Shukor. Umur 40, tapi dia terbaik dan bagaimana nak kata umur seperti itu tak boleh main.

“Memang kita sentiasa bercakap mengenai umur dia 40 tahun, tapi persembaha­n dia lebih baik dari pemain lain. Indra pun sama, jadi takkan kita nak buang Indra.

“Kadang-kadang kita rasa pemain tua lebih baik dari yang muda. Malah, pemain muda pergi (buat ujian kecergasan) pun ada yang tak lepas,” katanya.

Shukor menyertai Kuala Lumpur musim ini dari Melaka United, manakala Indra pula sudah bersama The City Boys sejak musim lalu.

Sementara itu, Shukor menjelaska­n antara ‘petua’ yang diamalkan bagi mengekalka­n prestasi termasuk menjaga pemakanan dan melakukan latihan tambahan.

“Alhamdulil­lah saya sebenarnya tak pernah dapat kecederaan serius sepanjang kerjaya. Saya juga menjaga badan terutama dari aspek pemakanan dan minum air yang mencukupi.

“Satu lagi kita tak boleh mudah selesa dengan apa (pencapaian) yang kita dapat, kerana jika kita mudah selesa, kita tak akan merasai nikmat sebenar dalam bola sepak,” katanya.

 ??  ?? Nokman Mustaffa
Nokman Mustaffa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia