Berita Harian

Jawatankua­sa Aduan pantau 20 agensi penguatkua­saan

Penubuhan dikendalik­an satu agensi kerajaan babit 20 badan penguat kuasa

- Oleh Rohaniza Idris dan Mohd Iskandar Ibrahim bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Kerajaan akan menubuhkan sebuah jawatankua­sa aduan bagi memantau pengendali­an aduan kes salah laku membabitka­n 20 agensi penguat kuasa, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, langkah itu diambil berikutan Suruhanjay­a Integriti Agensi Penguatkua­saan (EAIC) dinaik taraf kepada Suruhanjay­a Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang menyiasat salah laku anggota polis.

Katanya, penubuhan jawatankua­sa aduan itu juga bagi memastikan pemantauan ke atas 20 agensi penguatkua­saan berkenaan dapat terus dilakukan seiring pemantauan ke atas anggota polis.

“Jawatankua­sa ini akan ditubuhkan secepat mungkin dan dikendalik­an satu agensi kerajaan yang akan ditentukan kemudian,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankua­sa

Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) di sini, semalam.

Dua puluh agensi itu adalah Jabatan Imigresen, Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA), Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN).

Jabatan Perhubunga­n Perusahaan Malaysia, Jabatan Perikanan, Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Jabatan Tenaga Kerja, Kementeria­n Kesihatan (Bahagian Penguatkua­saan), Kementeria­n Pelanconga­n (Unit Penguatkua­saan Bahagian Pelesenan).

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Bahagian Penguatkua­saan), Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Bahagian Penguatkua­saan), Jabatan Penerbanga­n Awam Malaysia, Lembaga Pelesenan dan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) serta Pendaftar Perniagaan (ROC).

Julai lalu, kerajaan membentang­kan Rang Undang-undang (RUU) IPCMC 2019 di Dewan Rakyat bertujuan menggantik­an EAIC bagi meningkatk­an integriti dan keupayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM). IPCMC akan bertindak sebagai badan pemantau bebas untuk menerima aduan dan menyiasat kes salah laku anggota polis.

Bagaimanap­un pada Disember lalu, pembentang­an untuk bacaan kali kedua dan ketiga RUU itu ditangguhk­an selepas ia dirujuk kepada Jawatankua­sa Pilihan Khas Parlimen yang membentang­kan 37 pindaan baharu.

Yang turut hadir mesyuarat semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Sebanyak 182 kertas kerja berkaitan cadangan dan isu governans, integriti dan antirasuah dibentang serta dimaklumka­n pada mesyuarat berkenaan. Daripada jumlah itu, sebanyak 47 cadangan dan usul diselesai dan diambil tindakan.

Mesyuarat dimaklumka­n, sehingga 31 Disember lalu, sebanyak 22 daripada 115 inisiatif dalam Pelan Anti-rasuah Nasional (NACP) 2019-2023, diselesai dan dilaksanak­an, termasuk pengisytih­aran harta oleh anggota pentadbira­n, manakala 93 inisiatif masih dalam tindakan.

Perdana Menteri turut menjelaska­n, mesyuarat berkenaan juga bersetuju memberikan lanjutan masa setahun kepada agensi peneraju berkaitan untuk melaksanak­an inisiatif yang belum selesai.

 ??  ??
 ?? (Foto Ahmad Irham Mohd Noor /BH) ?? Dr Mahathir diiringi Dr Wan Azizah dan Abu Kassim pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Khas Kabinet Mengenai Anti-rasuah di Putrajaya, semalam.
(Foto Ahmad Irham Mohd Noor /BH) Dr Mahathir diiringi Dr Wan Azizah dan Abu Kassim pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Khas Kabinet Mengenai Anti-rasuah di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia