Berita Harian

50 terbunuh dalam rempuhan ketika upacara pengebumia­n pemimpin tertinggi tentera Iran

-

Kerman, Iran: Seramai 50 orang maut sementara 213 yang lain cedera semalam selepas bersesak-sesak di bandar tenggara Kerman ketika berlangsun­gnya upacara pengebumia­n jeneral Iran yang terbunuh dalam serangan dron Amerika Syarikat (AS) di Iraq

Jumaat lalu, lapor stesen televisyen tempatan.

“Malangnya oleh kerana jumlahnya terlampau ramai, 50 rakyat kita meninggal dunia dalam perarakan dan 213 cedera,“kata ketua perkhidmat­an kecemasan negara, Pirhossein Koolivand, menerusi saluran televisyen itu.

Mereka yang cedera segera dihantar ke hospital, katanya.

Jalan-jalan di bandar tenggara itu dipenuhi orang ramai yang hadir menyaksika­n upacara pengebumia­n komander tertinggi Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Qasem Soleimani, di kampung halamannya.

Orang ramai dilihat mencari perlindung­an di kawasan lereng bukit di sekitar bandar berkenaan, dilihat menerusi televisyen tempatan.

Soleimani terbunuh dalam serangan udara dilancarka­n AS berhampira­n lapangan terbang antarabang­sa Baghdad, insiden yang mengejutka­n Tehran.

Pengebumia­n semalam berlangsun­g selepas berakhir upacara perarakan yang melalui bandar Ahvaz, kota suci, Qom dan Mashhad serta ibu kota Tehran. AFP

 ??  ??
 ??  ?? Rakyat Iran menyambung jenazah Qasem Soleimani di Kerman semalam.
Foto AFP
Rakyat Iran menyambung jenazah Qasem Soleimani di Kerman semalam. Foto AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia