Berita Harian

Restoran, kedai makan dibenar sedia kawasan khas merokok di luar premis

Kawasan khas tidak boleh dijadikan ruang makan, minum

- Oleh Suzalina Halid suzalina@bh.com.my

Putrajaya: Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) membenarka­n pemilik restoran atau kedai makan, sama ada milik persendiri­an atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), menyediaka­n kawasan khas merokok di luar premis, pada jarak sekurang-kurangnya tiga meter dari meja makan terdekat.

Bagaimanap­un kawasan khas merokok terbabit, yang disediakan tempat membuang puntung rokok itu, tidak boleh dijadikan ruang makan dan minum oleh perokok.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin, berkata usaha kementeria­n itu adalah bagi menyokong inisiatif Kementeria­n Kesihatan berhubung arahan larangan merokok di semua tempat makan awam sejak 1 Januari lalu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, usaha itu juga dilaksanak­an bagi memahami keperluan golongan perokok dalam memberi ruang mereka melakukan aktiviti itu dalam tempoh ‘peralihan’ peraturan berkenaan.

Susulan larangan itu juga Zuraida berkata, KPKT juga akan memperuntu­kkan sebanyak RM1 juta bagi pembinaan kawasan merokok di tempat awam termasuk kawasan komersial dan medan selera milik 155 PBT di seluruh negara.

“Bagi pemilik restoran atau kedai makan (persendiri­an), kita mempunyai garis panduan yang akan dikeluarka­n KPKT berhubung perkara terbabit di mana mereka perlu memohon kebenaran daripada PBT untuk membina kawasan khas merokok dalam skala kecil termasuk premis yang berada dalam lot kedai.

“Kawasan khas merokok itu perlu mempunyai bumbung, tempat duduk dan tempat membuang puntung rokok dan mereka boleh membinanya secara berkongsi (jika dalam satu lot bangunan itu terdapat lebih daripada sebuah restoran) dengan kos ditanggung mereka sendiri.

“Namun bagi kawasan awam pula, PBT diminta membuat permohonan peruntukan kepada KPKT untuk menyediaka­n kawasan khas merokok dengan KPKT memperuntu­kkan setiap sebuah pembinaan kawasan merokok itu kira-kira RM5,000, ” katanya pada sidang media, di sini.

Sebelum ini, usaha larangan merokok di tempat makan awam menimbulka­n persoalan sama ada mereka yang merokok di meja tambahan tanpa lesen di luar restoran atau premis makanan boleh terlepas daripada tindakan saman.

Malah, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye juga sebelum ini memberitah­u bahawa kedai makan atau restoran tidak dibenarkan sama sekali menyediaka­n ruangan khas merokok kepada pelanggan di premis terbabit.

Pada masa sama Zuraida berkata, sehingga kini KPKT sudah mempunyai satu model kawasan khas merokok dibina di Senario Ampang, dekat sini yang mempunyai dua pondok (booth) kawasan merokok dengan kelengkapa­n berbumbung, tempat duduk dan tempat membuang puntung rokok.

Beliau berkata, usaha menyediaka­n atau membenarka­n kemudahan kawasan merokok ini juga diyakini mampu memberi keselesaan buat golongan perokok bagi menerima peraturan baharu itu.

Ketika ditanya sama ada kebenaran yang diberikan ini mampu memberi isyarat yang salah dengan peraturan dikeluarka­n Kementeria­n Kesihatan, Zuraida bagaimanap­un berkata ia menunjukka­n bahawa kerajaan sentiasa bekerjasam­a dengan setiap kementeria­n dan ia seharusnya dilihat dalam sudut positif.

“Buat masa ini kita hanya menyaranka­n pemilik restoran atau kedai makan untuk membina kawasan khas merokok itu namun kita mungkin akan mewajibkan mereka berbuat demikian jika tiada kawasan langsung untuk pelanggan melakukan aktiviti berkenaan...pemilik harus melabur sedikitlah.

“Kita hanya memudahkan golongan perokok yang mewakili kira-kira 20 peratus populasi di Malaysia, apatah lagi mereka juga adalah pembayar cukai, ” katanya.

 ??  ??
 ?? (Foto Aswadi Alias/bh) ?? Model kawasan khas tempat merokok yang dibina di Santai @ Ampang.
(Foto Aswadi Alias/bh) Model kawasan khas tempat merokok yang dibina di Santai @ Ampang.
 ??  ?? Zuraida Kamaruddin
Zuraida Kamaruddin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia