Berita Harian

PERKESO adakan sesi temu duga isi 3,056 peluang pekerjaan

Program selama dua hari bermula hari ini di 15 pejabat seluruh negeri

- Oleh Zanariah Abd Mutalib zanariah_mutalib@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) akan mengadakan temu duga kerja terbuka selama dua hari bermula hari ini yang menawarkan 3,056 kekosongan jawatan.

Temu duga melalui Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) itu akan diadakan di 15 pejabat PERKESO negeri bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, berkata sebanyak 50 majikan seluruh negara akan menyertai termasuk Jakel Trading, St Jude Medical Operation Sdn Bhd dan Park Inn by Radisson Putrajaya.

Temu duga terbuka itu dianjurkan kerana banyak kes kehilangan pekerjaan di negara ini sehingga Disember lalu.

“Pada 2019, seramai 40,084 orang mengemukak­an tuntutan bagi kehilangan pekerjaan, dipercayai akibat kesan pendigital­an ekonomi.

“Angka kehilangan pekerjaan seperti yang dilaporkan kepada EIS PERKESO pastinya menjadi keprihatin­an kami,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mohammed Azman berkata, PERKESO menggesa semua pencari kerja menghadiri temu duga terbuka berkenaan, yang juga tambahan kepada temu duga terbuka yang diadakan PERKESO secara mingguan atau bulanan, selain Program Kebolehpas­aran dan Pemerkasaa­n Graduan serta Lepasan Sekolah.

Sebagai penyedia Perkhidmat­an Pekerjaan Awam, PERKESO akan memastikan penyumbang­nya perlu melalui fasa pemberhent­ian kerja bukan saja diberikan manfaat tunai, malah peluang untuk mendapat pekerjaan lain secepat mungkin melalui EIS.

Katanya, EIS yang berkuatkua­sa 1 Januari 2018 terdiri daripada dua komponen, iaitu Insurans Pekerjaan yang menyediaka­n bantuan kewangan sementara sehingga enam bulan bergantung kepada syarat kelayakan sumbangan dan Perkhidmat­an Pekerjaan yang membantu penerima manfaat mendapat peluang pekerjaan.

Beliau turut memaklumka­n, semua maklumat terkini mengenai temu duga kerja terbuka PERKESO boleh didapati di laman web www.perkeso.gov.my dan Facebook EIS PERKESO Facebook, dan sebarang maklumat lanjut boleh menghubung­i PERKESO di talian 1 300 22 8000.

 ?? [Foto hiasan] ?? PERKESO menggesa semua pencari kerja menghadiri temu duga terbuka ini duga terbuka yang diadakan PERKESO secara mingguan atau bulanan. yang juga tambahan kepada temu
[Foto hiasan] PERKESO menggesa semua pencari kerja menghadiri temu duga terbuka ini duga terbuka yang diadakan PERKESO secara mingguan atau bulanan. yang juga tambahan kepada temu
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia