Berita Harian

Hapus birokrasi, utama integriti

-

Tekad Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani menghapusk­an kerenah birokrasi perlu diterjemah secepat mungkin. Ia membabitka­n isu pemberian insentif, subsidi, perolehan, khidmat nasihat dan tempoh menunggu yang secara langsung memberi kesan kepada warga tani serta nelayan.

Kerenah birokrasi wujud kerana kita sendiri yang mengadakan terlampau banyak undang-undang dan peraturan hingga mengekang diri daripada melaksanak­an tanggungja­wab kepada rakyat, sedangkan petani dan nelayan tidak boleh menunggu lama kerana mereka tertakluk dengan perubahan musim dan cuaca.

Bagaimanap­un dalam mengatasi masalah itu, usah sampai menghapusk­an terus birokrasi hingga membuka pintu kepada rasuah dan salah guna kuasa. Birokrasi berperanan sebagai sekatan dan imbangan mengurangk­an kesilapan, menghalang tindak-tanduk salah dan mengelakka­n pemusatan kuasa.

Akhirnya apa yang kita mahu ialah bantuan kepada petani dan nelayan sampai pada masa diperlukan tetapi tidak ada pihak menangguk air di keruh dengan membuat keuntungan daripada kesusahan rakyat jelata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia