Berita Harian

Tentera Yaman terbunuh serangan pemberonta­k

-

Dubai: Sebelas anggota tentera Yaman terbunuh dan lebih 20 cedera dalam serangan peluru berpandu oleh pemberonta­k di sebuah penempatan tentera kerajaan, menurut sumber keselamata­n.

Peluru berpandu menggegar Kem Al-sadrain di wilayah Addali ketika anggota tentera berkumpul pada pagi hari.

Ia serangan kedua kumpulan pemberonta­k di wilayah berkenaan dalam tempoh kurang seminggu.

Pada 29 Disember lalu, lima anggota tentera dari pasukan ‚security Belt‘ yang menguasai puak pemisah selatan terbunuh dalam serangan sama di Addali.

Biarpun tidak banyak pemberonta­kan di kebanyakan wilayah di Yaman sejak kebelakang­an ini, Ad-dali dilihat masih tegang.

Ribuan orang terbunuh sementara berjuta-juta lagi kehilangan tempat tinggal dalam apa yang digambarka­n Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai krisis kemanusiaa­n yang paling buruk di dunia. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia