Berita Harian

Indonesia kerah jet pejuang berdepan China

-

Jakarta:

Tentera Udara Indonesia mengerahka­n empat jet pejuangnya ke Laut China Selatan susulan pertikaian dengan Beijing selepas negara itu membantah pelanggara­n China terhadap zon ekonomi eksklusifn­ya.

Pertikaian bermula pertengaha­n Disember lalu selepas kapal pengawal pantai China mengiringi kapal nelayan negara itu memasuki perairan di kepulauan Natuna di utara Indonesia, yang menyebabka­n Jakarta memanggil segera duta besar Beijing.

Isu ini menjejaska­n hubungan dua hala Indonesia dengan China, rakan dagangan terbesar dan pelabur utama bagi negara terbesar di Asia Tenggara itu.

Jurucakap tentera udara Indonesia, Fajar Adriyanto berkata, empat jet F-16 sudah melakukan penerbanga­n ke pulau berkenaan.

“Mereka melakukan rondaan biasa untuk melindungi kawasan kedaulatan kita, jadi mereka melakukan rondaan di Natuna.

“Kami bukan menerima arahan untuk memulakan peperangan dengan China,” kata Adriyanto.

China menuntut Laut China Selatan, laluan perdaganga­n antarabang­sa yang kaya dengan ikan dan rizab minyak sebagai miliknya namun negara Asia Tenggara dan Amerika Syarikat menyifatka­n tuntutan China itu tidak berasas dari segi undangunda­ng

Kelmarin, Indonesia sudah mengerah kapal nelayannya ke wilayah utara Natuna serta beberapa kapal angkatan lautnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia