Berita Harian

Herdikan Arteta ubah nasib Arsenal

Bangkit babak kedua selepas kena ‘belasah’ di bilik persalinan

-

London: Mikel Arteta mengakui dia pening melihat dua sisi berbeza Arsenal selepas persembaha­n jauh lebih baik di babak kedua memberikan kemenangan 1-0 ke atas Leeds dalam aksi pusingan ketiga Piala FA, di Emirates, kelmarin.

The Gunners menghukum ketumpulan jentera serangan Leeds yang mensia-siakan deretan peluang di babak pertama sebelum Reiss Nelson meledak gol kemenangan 10 minit selepas rehat.

Bagaimanap­un, Arteta tidak gemar dengan cara skuad kendaliann­ya memulakan permainan dan mendakwa banyak yang dipelajari­nya daripada kemenangan 2-0 ke atas Manchester United pada Tahun Baharu.

“Sekarang saya berpuas hati tetapi saya melihat dua sisi berbeza pasukan di babak pertama dan kedua,” kata Arteta.

“Kami mengubah sikap kami, kesungguha­n kami dan permainan kami di babak kedua dan ia jelas berbeza.

“Saya lihat mereka bangkit apabila tewas kepada Chelsea dan bertindak balas apabila menang hanya satu perlawanan.”

Leeds dijangka akan sering bertandang ke Emirates apabila ketika ini mereka sedang menerajui Liga Kejuaraan dan menunjukka­n kemampuan mereka dengan menguasai 45 minit pertama permainan.

Pemain pinjaman dari Manchester City Jack Harrison dua kali memaksa penjaga gol Arsenal Emiliano Martinez dan Patrick Bamford menyaksika­n percubaann­ya terkena palang.

Ezgjan Alioski turut menguji kecekapan Martinez di gawang selepas mendapat hantaran cantik daripada Harrison.

Kata-kata Arteta ketika rehat menyaksika­n Arsenal bangkit dengan sepakan percuma Alexandre Lacazette dinafikan palang gol.

“Dia banyak menjerit. Dia tidak gembira kerana kami tahu mereka akan bermain begini dan kami tidak menghormat­i apa yang diperkatak­annya,” kata Lacazette berkenaan reaksi Arteta di bilik persalinan.

Arsenal akan bertemu Bournemout­h pada pusingan keempat kejohanan. AFP

 ?? (Foto Reuters) ?? Reiss Nelson menjaringk­an gol kemenangan pada perlawanan menentang Leeds United di Stadium Emirates, kelmarin
(Foto Reuters) Reiss Nelson menjaringk­an gol kemenangan pada perlawanan menentang Leeds United di Stadium Emirates, kelmarin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia