Berita Harian

Bekas PM terkejut pendedahan SPRM

Najib perlukan masa semak dakwaan rakaman audio, kaji tindakan boleh diambil

- Oleh Safeek Affendy Razali dan Farah Marshita Abdul Patah bhnews@bh.com.my

Saya perlu kaji undangunda­ng mengenai perkara ini dan lihat apa yang boleh saya lakukan kerana pada masa itu (perbualan), saya adalah ketua kerajaan.

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak mengaku terkejut dengan pendedahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai rakaman audio berkisar perbualann­ya dengan beberapa individu berkaitan skandal 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) dan SRC Internatio­nal Sdn Bhd (SRC).

Bekas Perdana Menteri mendakwa, perkara berkenaan tidak pernah dilakukan dalam sejarah negara, selain mempersoal­kan mengapa pendedahan terbabit dibuat menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, 18 Januari ini.

Sehubungan itu, Najib berkata, beliau memerlukan masa untuk menyemak kandungan rakaman audio berkenaan, mengkaji dari

Dimarahi? Tak ada dimarahi, perbualan di antara isteri saya dengan saya dan ia peribadi. Kamu pun bersembang dengan isteri kamu kan? Apa salahnya?

segi undang-undang apa tindakan yang boleh diambil.

“Saya terkejut, saya nak semak dulu. Saya belum semak lagi. Ini tidak pernah berlaku dalam sejarah, saya akan bincangkan­nya dengan peguam saya,” katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini semalam.

Katanya, beliau juga perlu mengkaji dari segi undang-undang jika rakaman audio berkenaan diperoleh melalui pintasan panggilan telefon.

“Saya perlu kaji undang-undang mengenai perkara ini dan lihat apa yang boleh saya lakukan kerana pada masa itu (perbualan), saya adalah ketua kerajaan,” katanya.

Sementara itu, portal Malaysiaki­ni

melaporkan, Najib menegaskan beliau bukan dimarahi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam satu rakaman audio yang didedahkan SPRM, semalam.

Bekas Perdana Menteri sebaliknya berkata, apa yang berlaku cuma suatu perbualan biasa dan peribadi.

“Dimarahi? Tak ada dimarahi, perbualan di antara isteri saya dengan saya dan ia peribadi. Kamu pun bersembang dengan isteri kamu kan? Apa salahnya?” katanya lagi sambil menambah, semua orang berhak untuk berbincang apa saja selagi ia tidak bocor kepada orang ramai.

“Berbincang mengenai hal-hal yang berlaku seharian adalah perkara normal,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, suasana di luar kompleks mahkamah semalam tegang apabila isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memarahi seorang individu dipercayai peguam beliau.

Rosmah sebelum itu baru selesai menghadiri prosiding sebutan semula kes rasuah membabitka­n projek solar di sekolah pedalaman Sarawak bernilai RM5 juta yang dihadapiny­a bersama bekas pegawai khas suaminya, Datuk Rizal Mansor.

Sebaik melangkah keluar dari mahkamah, beliau dilihat memarahi individu di sebelahnya dan berkata: “Jangan ajar aku, aku tahulah!”.

Individu berkenaan bagaimanap­un hanya membalas dengan senyuman.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia