Berita Harian

Dakwah golongan gelandanga­n

Kelab Huffaz UPM sebar kebaikan guna pendekatan al-quran kepada masyarakat

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin khairul.anam@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kelab Huffaz Universiti Putra Malaysia (UPM) buat julung kalinya mengadakan program Street Dakwah with Huffaz Empowermen­t Respected Society (HERO) yang bertujuan menyantuni gelendanga­n di sekitar Masjid Jamek, di sini, baru-baru ini.

Program itu disertai seramai 44 peserta dari pelbagai institusi pengajian tinggi termasuk UPM, Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Beberapa slot istimewa dengan komuniti juga dilaksanak­an antaranya Street Dakwah yang mendedahka­n peserta mengenai kaedah bagi menyampaik­an isu semasa dan masalah sosial kepada masyarakat sekeliling dengan menggunaka­n pendekatan berhemah.

Peserta program, Nur Hikmah Hanis, berkata pendekatan Kelab Huffaz UPM dalam memberi ilmu kepada gelandanga­n disifatkan sebagai langkah murni, bertepatan dan wajar diteruskan.

“Tidak dinafikan program ini menguji keberanian saya kerana perlu bergaul dan menyebarka­n kebaikan kepada masyarakat sekeliling menggunaka­n pendekatan al-quran.

“Penganjura­n program Street Dakwah ini memberi manfaat kepada kami ke arah membentuk huffaz profesiona­l yang bukan sekadar menghafal alquran, malah menyampaik­annya kepada orang lain serta menjadi ejen mengubah diri serta masyarakat sekeliling, sekali gus berusaha mencapai kejayaan hidup di dunia dan di akhirat,” katanya kepada BH Varsiti.

Menerusi program dakwah itu, peserta turut berpeluang menemu ramah komuniti gelandanga­n terbabit dan menyampaik­an beberapa potong ayat al-quran untuk dihayati secara bersama.

Selain itu, terdapat juga slot istimewa diketuai Youth of

Strength and Happiness (YOSH) yang berkongsi pengalaman dan memberikan contoh untuk menyantuni gelandanga­n di kawasan berkenaan menggunaka­n konsep ‘Kita Sapa, Kita Duduk, Kita Faham’.

Untuk rekod, Kelab Huffaz UPM dilancarka­n pada 30 Mei tahun lalu oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabang­sa) UPM, Prof Dr M Iqbal Saripan.

Kelab berkenaan turut mengambil inisiatif untuk menghidupk­an suasana menghafal alquran di universiti bagi melahirkan lebih ramai huffaz profesiona­l yang diiktiraf pada peringkat antarabang­sa.

 ??  ?? Sebahagian peserta yang mengambil bahagian pada program Street Dakwah with Huffaz Empowermen­t Respected Society (HERO) di sekitar Masjid Jamek, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sebahagian peserta yang mengambil bahagian pada program Street Dakwah with Huffaz Empowermen­t Respected Society (HERO) di sekitar Masjid Jamek, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia