Berita Harian

Jutaan mogok bangkang dasar buruh India

-

New Delhi: Jutaan rakyat India merangkumi pekerja pelbagai sektor perkhidmat­an melancarka­n mogok terhadap dasar buruh digubal kerajaan yang mengundang kepincanga­n urusan perjalanan di seluruh negara.

Tindak balas secara besar-besaran itu tercetus akibat penentanga­n dalam kalangan kesatuan sekerja yang menyifatka­n penggubala­n dasar diterajui penyokong Perdana Menteri, Narendra Modi itu sebagai ‘antipekerj­a dan antirakyat’.

Peladang dan mahasiswa antara yang menyertai mogok dilancarka­n 10 kesatuan perdaganga­n itu, dengan jumlah keseluruha­n keahlian dikatakan melangkaui 250 juta orang.

Perkhidmat­an kereta api, bas dan perbankan rasmi negara turut dibakar dalam serangan mogok terbabit sebagai isyarat berang dengan amaran diumumkan kerajaan bahawa ‘kesan’ sewajarnya menanti mana-mana individu yang didapati terbabit dalam gerakan penentanga­n berkenaan.

Selain menyekat jajaran kereta api dan jalan, situasi semakin kecoh apabila peserta mogok melaungkan slogan menentang perundanga­n kerakyatan dibentangk­an kerajaan yang disifatkan pembangkan­g sebagai gerakan anti-muslim sehingga mengundang demonstras­i besar-besaran.

Di barat Bengal, peserta yang mengusung bendera merah menyasarka­n lebuh raya utama dan jajaran kereta api, selain membakar tayar di laluan utama menuju ke ibu kota Kolkata.

Berdasarka­n maklumat polis, berlaku beberapa pertembung­an di Kolkata dan daerah lain antara kumpulan penyokong serta penentang gerakan mogok.

Kerajaan India sebelum ini mengeluark­an amaran kepada peserta mogok mereka bakal berdepan natijah tertentu, termasuk pemotongan gaji dan tindakan disiplin jika terbabit dalam gerakan penentanga­n terbabit.

AFP

 ?? (Foto AFP) ?? Pekerja melancarka­n mogok terhadap kerajaan India, semalam.
(Foto AFP) Pekerja melancarka­n mogok terhadap kerajaan India, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia