Berita Harian

‘45 minit aksi kucar-kacir’

Solskjaer belum mahu angkat bendera putih

-

Manchester: Ole Gunnar Solskjaer mempersoal­kan mentaliti pemain bintang Manchester United yang memperaga aksi kucar-kacir pada aksi babak pertama ketika menentang seteru tetangga, Manchester City.

Pengendali dari Norway itu mengakui United harus berusaha lebih gigih sekiranya mahu mara ke final Piala Liga selepas tewas 1-3 pada aksi pertama separuh akhir, semalam.

Solskjaer memberitah­u skuadnya untuk ‘menghormat­i’ baju yang dipakai ketika rehat babak pertama selepas City meledak tiga gol dalam tempoh 21 minit.

Bernardo Silva, Riyad Mahrez dan jaringan sendiri, Andreas Pereira memperliha­tkan United sudah seakan tidak bernyawa sebelum Marcus Rashford memberikan sedikit kelegaan, meledak gol pada minit ke-70.

“Babak pertama, daripada jaringan pertama mereka (City), adalah permainan terburuk pernah kami tonjolkan. Kebanggaan adalah perkataan

Man City yang saya ungkapkan ketika rehat.

“Ia satu perkataan yang normal apabila kamu kecewa tetapi kami perlu bangkit daripada sudut mentaliti dengan pantas. Pastikan kamu menguasai babak kedua dan kamu masih dalam saingan.

“Ia satu tugas yang sukar menanti kami nanti. Walaupun ia agak sukar untuk dilakukan tetapi kami masih boleh melakukann­ya.

“Kami mempunyai pasukan muda. Kami masih belajar. Pengalaman masih kurang. Babak kedua memberikan saya satu keyakinan,” kata Solskjaer.

Sementara itu, bekas pemain tengah United, Darren Fletcher menuding jari kepada jentera pertahanan tengah kelab, Phil Jones dan Victor Lindelof.

“Salah seorang daripada bek tengah perlu berani. Mereka tidak mengawal mana-mana pemain lawan. Ia tentunya membunuh keseluruha­n pasukan,” katanya. AGENSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia