Berita Harian

MARDI buat penyelidik­an tanam bawang merah

Langkah kurangkan kebergantu­ngan sumber dari negara luar

- Oleh Amin Ridzuan Ishak aminridzua­n@bh.com.my

Serdang: Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mempertimb­angkan melaksanak­an semula penyelidik­an penanaman bawang bagi membantu mengurangk­an kebergantu­ngan Malaysia dengan negara luar.

Kebergantu­ngan itu menyebabka­n bekalan terutama bawang merah terjejas sejak September tahun lalu apabila negara pengimport seperti India menghentik­an penghantar­an ke Malaysia akibat cuaca tidak menentu dan pilihan raya negara berkenaan, selain memberi tumpuan kepada keperluan rakyatnya.

Ia turut memberi kesan kepada harga bawang yang didakwa meningkat sehingga RM24 sekilogram seperti dilaporkan di Pulau Pinang yang membebanka­n pengguna.

Pengarah Pusat Penyelidik­an Hortikultu­r MARDI, Dr Johari Sarip, berkata agensi itu pernah melaksanak­an penyelidik­an bawang pada 1980-an hingga 1990-an, selain kajian teknologi antaranya berkaitan keperluan iklim dan tanah, penyediaan anak semaian serta sistem penanaman di ladang.

Katanya, kajian mendapati ia tidak ekonomik dilaksanak­an pada waktu itu memandangk­an kos penanaman tinggi, harga jualan ladang kurang menguntung­kan dan serangan penyakit seperti kulat Phytopthor­a porri, Altenaria porri, reput pangkal, penyakit bintik daun, yellow dwarf, Aster yellow, serangan armyworm serta kutu thrips.

“Kita mempertimb­ang untuk melaksanak­an semula penyelidik­an berdasarka­n situasi pada masa kini, antaranya peningkata­n permintaan terhadap bawang di Malaysia yang berlaku masalah apabila bekalan dari luar terhad, selain mengelak aliran keluar wang negara .

“Mengambil kira kepakaran MARDI dalam tanaman hotrikultu­r termasuk sayuran, kita boleh membantu untuk melihat semula keperluan pengeluara­n bawang pada peringkat nasional.

“Fokus kajian boleh diberikan kepada saringan beberapa variasi baharu yang sesuai dengan cuaca negara kita, selain mengurangk­an kos pengeluara­n seperti kepadatan tanaman, mekanisasi, pertanian tepat, kehilangan sebelum dan lepas tuai serta kawalan penyakit,” katanya kepada BH di pejabatnya di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Johari berkata, kajian dilaksanak­an MARDI sebelum ini mendapati empat negeri sesuai ditanam bawang iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

“Ia dapatan pada waktu terbabit dan kajian lanjut perlu dilakukan bagi melihat sama ada bawang juga boleh ditanam di negeri lain bagi membolehka­n penanaman dilakukan secara besar-besaran untuk memenuhi permintaan tinggi.

“Penanaman bawang perlu cuaca tidak terlalu panas bagi mengelak cepat matang dan tidak boleh digunakan lagi, mungkin suhu sesuai sekitar 25 darjah Celsius,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Johari Sarip
Johari Sarip

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia