Berita Harian

Pendatang dipercayai pembawa virus polio

Ujian tiga kes di Sabah ada kaitan genetik di Filipina

- Bhnews@bh.com.my

Oleh Olivia Miwil dan Poliana Ronnie Sidom

Kota Kinabalu: Pendatang asing dipercayai menjadi pembawa virus polio ke negara ini susulan dua kes jangkitan terbaru dikesan membabitka­n kanak-kanak bukan warganegar­a di Sabah.

Dua kanak-kanak berusia lapan dan 11 tahun itu yang masing-masing menetap di Sandakan dan Kinabatang­an, disahkan positif virus terbabit berdasarka­n hasil ujian Makmal Polio Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Australia, kelmarin.

Ia menjadikan tiga kes polio dilaporkan di Sabah, setakat ini, dengan ujian turut mendapati virus yang menjangkit­i semua mangsa terbabit ada kaitan genetik dengan kes polio di Filipina.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk

Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bagi mengawal penyakit itu daripada merebak, strategi utama dilaksanak­an ialah memberi vaksin kepada kanak-kanak berusia bawah lima tahun untuk meningkatk­an daya imunisasi mereka.

Beliau berkata, untuk golongan bukan warganegar­a, vaksin diperoleh daripada Dana Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

“Kita juga bekerjasam­a dengan WHO dan Kerajaan Filipina untuk mendapatka­n vaksin lebih murah,” katanya pada Kempen Imunisasi Polio Sabah di Pulau Gaya, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung, serta Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi.

“Kakitangan kita juga aktif berusaha mengesan kes yang ada simptom penyakit ini. Selain itu, kita ada perancanga­n memberi imunisasi kepada kanak-kanak berumur lima tahun ke atas pada masa depan,” katanya.

Bulan lalu, seorang bayi lelaki berusia tiga bulan dari Tuaran disahkan dijangkiti virus polio yang menjadi kes pertama selepas 27 tahun negara ini bebas daripada penyakit itu.

Susulan itu, kira-kira 5,000 kanak-kanak di Tuaran dan Telipok diberi suntikan vaksin polio.

Dalam perkembang­an berasingan, Dr Noor Hisham berkata, kementeria­n masih menyiasat kes seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dari Likas yang didakwa meninggal dunia akibat Influenza A (H1N1).

“H1N1 adalah jangkitan bermusim, selepas itu terdapat komplikasi sama ada jangkitan ke paru-paru dan sebagainya. Kami masih menyiasat sama ada ia disebabkan jangkitan atau ada komplikasi lain,” katanya.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, semalam, Dr Noor Hisham berkata, dua kanak-kanak bukan warganegar­a di Sabah yang terbabit kes jangkitan terbaru itu, tidak pernah menerima imunisasi.

Beliau berkata, mangsa berusia 11 tahun dimasukkan ke hospital pada 1 Disember lalu selepas mengadu sakit belakang dan tidak dapat berjalan. Bagaimanap­un, pesakit itu kini boleh berjalan dengan bertongkat.

“Kanak-kanak berusia lapan tahun itu pula mengalami demam sejak 9 Disember lalu dan selepas tiga hari, tidak boleh berjalan. Kanak-kanak ini masih dirawat dengan bantuan pernafasan di hospital,” katanya.

 ?? (Foto Khairull Azry Bidin/bh) ?? Dr Noor Hisham memberi vaksin Kinabalu semalam. kepada kanak-kanak pada Kempen Imunisasi Polio Sabah di Pulau Gaya, Kota
(Foto Khairull Azry Bidin/bh) Dr Noor Hisham memberi vaksin Kinabalu semalam. kepada kanak-kanak pada Kempen Imunisasi Polio Sabah di Pulau Gaya, Kota

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia