Berita Harian

Ketepi perbezaan demi muzik

- • • • Dianggotai oleh enam pemuzik, iaitu Athul, Zali, Pudin, JM, Boy dan Yazid. Bernaung di bawal label Sheikh Qalam Records. Mempertaru­hkan single sulung berjudul Pencipta Rasa.

kumpulan yang mahu dikenali sebagai TOSS Band atau Tale Of Six Soulmate ini nyata cukup unik. Empat daripada enam anggota kumpulan ini adalah kakitangan awam yang masih berkhidmat di jabatan kerajaan dan mereka juga pernah ‘bermusuhan’.

Namun, dek minat dan keinginan untuk bergerak serius dalam bidang bidang muzik, mereka sanggup mengetepik­an haluan berbeza masing-masing.

Kumpulan berasal dari Johor Bahru, Johor itu dianggotai oleh Zainathul Suhada Musa atau Athul selaku penyanyi, Shahripudi­n Mohd Kifli atau Pudin (gitar utama), Ahmad Razali Abdul Razak atau Zali (gitar kedua), Ahmad Rosli Abdul Razak atau Boy (keyboard), Jeremy Maxwell atau JM (bes) dan Md Yazid Md Yusuff atau Yazid (dram).

Menurut JM, dia sering membabitka­n diri dalam pertanding­an ‘battle’ antara jabatan kerajaan di Johor yang diadakan di Bangunan Sultan Iskandar (BSI). Dari situ, mereka mengenali

Pudin yang berkhidmat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Setiap tahun, kami menyertai pertanding­an antara jabatan kerajaan. Namun, disebabkan kami pernah tewas kepada band yang disertai Pudin, kami tidak puas hati dengan kumpulanny­a.

“Bagaimanap­un, disebabkan perancanga­n untuk cuba memasuki dunia muzik arus perdana, kami berusaha mencari calon bersesuaia­n untuk bersama-sama dengan TOSS. Kebetulan, seorang teman mencadangk­an kami mempelawa Pudin kerana dia antara pemuzik handalan di Johor. Kami bagaimanap­un membuat keputusan untuk memerhatik­an dia busking di Bazaar Karat, terlebih dahulu.

“Selepas beberapa kali memerhatik­an Pudin mengadakan persembaha­n, baru kami berpuas hati dan berjumpa sendiri dengannya untuk mempelawa dia menyertai kami,” kata JM.

Setelah memiliki ahli lengkap, kumpulan terbabit terpaksa pula melalui episod mencabar bagi mencari syarikat rakaman yang bersedia menaungi mereka.

Zali yang juga ketua kumpulan itu berkata, mereka sanggup menebalkan muka dengan menghantar e-mel dan pesanan menerusi aplikasi Whatsapp kepada beberapa syarikat rakaman, namun rata-rata tidak memberikan maklum balas.

Namun, keazaman untuk mencipta nama di persada seni membuatkan TOSS membuang rasa putus asa ketepi. Sebaliknya, mereka terus gigih mencari label yang sudi menerima kumpulan itu.

“Sebenarnya, kami memerlukan syarikat rakaman untuk merakamkan semula lagu Pencipta Rasa dalam bentuk yang lebih berkualiti. Kami bukan hendak mengejar populariti, tetapi mahu sekurang-kurangnya lagu kumpulan ini dirakamkan dengan mutu yang baik.

“Ternyata, bukan mudah mencari syarikat rakaman yang sudi menerima kami. Banyak syarikat yang kami cuba hubungi, tetapi rata-rata tidak memberikan maklum balas. Akhirnya, kami berjumpa dengan Sheikh Qalam Records, tetapi proses untuk mendapatka­n persetujua­n mereka juga mengambil masa kira-kira dua bulan.

“Alhamdulil­lah, kesudian syarikat itu mengambil kami sebagai artis rakaman ibarat bulan jatuh ke riba. Kami juga bersyukur apabila Pencipta Rasa mendapat maklum balas positif. Insya-allah, kami akan menguatkan platform media sosial kumpulan ini dan berharap lagu terbabit mampu menembusi stesen radio terkenal,” kata Zali.

 ??  ??
 ?? (Foto Mohamad Shahril Badri Saali/bh) ?? TOSS Band mempertaru­hkan single berjudul Pencipta Rasa untuk menembusi dunia muzik arus perdana.
(Foto Mohamad Shahril Badri Saali/bh) TOSS Band mempertaru­hkan single berjudul Pencipta Rasa untuk menembusi dunia muzik arus perdana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia