Berita Harian

Ruang khas merokok perlu patuhi peraturan

Kementeria­n Kesihatan sokong cadangan KPKT

- Oleh Nor Ain Mohamed Radhi news@nst.com.my

Kuala Lumpur: Kementeria­n Kesihatan menyokong cadangan Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperkena­lkan ruang khas merokok dalam lingkungan kawasan komersial dan medan selera asalkan ia memenuhi syarat ditetapkan iaitu lokasinya tiga meter dari premis makanan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata pihaknya tidak ada bantahan berhubung perkara itu meskipun sebelum ini tidak menyediaka­n kemudahan sedemikian untuk perokok.

“Tidak ada masalah langsung (untuk bina kawasan merokok khas) asalkan ia mematuhi peraturan jarak tiga meter itu,” katanya pada sidang media selepas program derma darah anjuran Srikandi Tun Fatimah STJ’73 di Surau Al-ikhlasiah di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pandangan banyak pihak supaya Kementeria­n Kesihatan meneliti semula pelaksanaa­n tempat merokok khas kerana bercanggah dengan hasrat kerajaan mengurangk­an tabiat merokok.

Kelmarin, lebih 50 gabungan badan profesiona­l dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa KPKT menarik balik langkah melaksanak­an ruang khas merokok di tempat awam.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar yang mengetuai gesaan itu berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan idea berkenaan dengan peruntukan RM1 juta yang disediakan bagi merealisas­ikan langkah berkenaan.

Dr Zainal berkata, peruntukan itu sepatutnya disalurkan untuk program rehabilita­si dan rawatan penyakit berkaitan merokok.

Sementara itu, Dr Dzulkefly berkata, pihaknya tidak pernah menganggap perokok tergolong sebagai musuh.

“Ada orang di luar sana mahu merokok seperti biasa, tetapi kita cuma mahu mereka mematuhi peraturan ditetapkan,” katanya.

Pada 7 Januari lalu, KPKT membenarka­n pemilik restoran atau kedai makan, sama ada milik persendiri­an atau pihak berkuasa tempatan (PBT), menyediaka­n kawasan khas merokok di luar premis, pada jarak sekurang-kurangnya tiga meter dari meja makan terdekat.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin, berkata usaha kementeria­n itu bagi menyokong inisiatif Kementeria­n Kesihatan berhubung arahan larangan merokok di semua tempat makan awam sejak 1 Januari lalu.

Beliau berkata, usaha itu juga dilaksanak­an bagi memahami keperluan golongan perokok dalam memberi ruang mereka melakukan aktiviti itu dalam tempoh ‘peralihan’ peraturan berkenaan.

Susulan larangan itu juga, Zuraida berkata, KPKT juga akan memperuntu­kkan RM1 juta bagi pembinaan kawasan merokok di tempat awam termasuk kawasan komersial dan medan selera milik 155 PBT di seluruh negara.

Tidak ada masalah langsung (untuk bina kawasan merokok khas) asalkan ia mematuhi peraturan jarak tiga meter itu.

Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia