Berita Harian

Zuraida kena jawab kepada Lembaga Disiplin: Anwar

-

Kuala Lumpur: Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin, perlu menjawab kepada Lembaga Disiplin parti itu, berhubung pelbagai laporan salah laku terhadap dirinya.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjelaska­n isu dihadapi Zuraida dan beberapa pemimpin PKR lain tidak dibincang dalam mesyuarat Biro Politik PKR sebelum ini.

“Itu dia jawab kepada Lembaga Disiplin. Kita tak bincang dalam biro politik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Forum Ketamaduna­n Islam : Perspektif Melayu-nusantara di Muzium Institut Antarabang­sa Tamadun Islam dan Dunia Melayu (ISTAC), Universiti Islam Antarabang­sa (UIA), di sini, semalam.

Zuraida kelmarin, mendakwa belum dimaklumka­n mengenai siasatan pihak Lembaga Disiplin parti berhubung pelbagai laporan salah laku terhadap dirinya, biarpun hadir mesyuarat Biro Politik PKR sebelum ini.

Dalam pada itu, ditanya mengenai komen Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berhubung isu peralihan kuasa, Anwar mengulangi komitmenny­a meminta semua pihak memastikan supaya ia berjalan dengan baik dan teratur.

Sambil menegaskan menghormat­i pandangan Rafizi, pada masa sama meminta semua pihak menyokong kepemimpin­an Tun Dr Mahathir Mohamad dalam menerajui kerajaan ketika ini.

“Isu transisi mesti berjalan dengan baik. Penting Dr Mahathir untuk mendapat sokongan (ketika ini) dan selepas transisi juga sama. Proses transisi mesti berjalan dengan lancar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia