Berita Harian

Aktivis lapor polis siasat rakaman klip audio didedah SPRM

-

Kuala Lumpur: Seorang aktivis membuat laporan polis bagi menggesa pihak berkuasa menjalanka­n siasatan rakaman klip audio yang didakwa perbualan Datuk Seri Najib Razak dan beberapa individu berkaitan kes 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) dan SRC Internatio­nal Sdn Bhd (SRC).

Laporan itu dibuat Pengerusi Gerakan Anak Bangsa, Addid Aris di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfield­s, di sini, jam 5 petang semalam.

Addid berkata, laporan itu untuk membolehka­n pihak berkuasa mengheret pesalah skandal 1MDB dan SRC secepat mungkin ke mahkamah jika perlu.

“Rakyat juga berhak mengetahui apa sebenarnya berlaku dan dalang di sebalik skandal kes itu.

“Selain Najib, terdapat beberapa nama individu berprofil tinggi lain yang turut dikaitkan seperti isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan bekas Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

“Pihak berkuasa wajar mengambil serius perkara ini, ia membabitka­n kredibilit­i dan integriti seorang pemimpin,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfield­s, Asisten Komisioner Zairulniza­m Mohd Zainuddin, ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan itu namun kertas siasatan berkenaan diserahkan kepada IPD Gombak berikutan pengadu memaklumka­n membuat laporan selepas menonton sidang media SPRM secara langsung di kediamanny­a sekitar Gombak.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, pula berkata kertas siasatan berkenaan kemudian diberikan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman untuk tindakan selanjutny­a.

SPRM dilapor menyerahka­n sebahagian daripada sembilan rakaman klip audio berkaitan kes 1MDB dan SRC kepada polis.

Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Latheefa Koya, dipetik sebagai berkata pihaknya akan bekerjasam­a dengan polis dalam menjalanka­n siasatan terhadap rakaman klip audio itu dan kini sedang menunggu agensi itu untuk membuka kertas siasatan atau memanggil mana-mana pihak berkaitan memberi keterangan.

Rabu lalu, SPRM mendedahka­n nama 20 individu yang perbualan mereka dirakam, sama ada terbabit dalam perbualan atau disebut dalam rakaman perbualan berkaitan skandal dana 1MDB dan SRC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia