Berita Harian

Tiada kaitan dengan soal kewarganeg­araan

Pengeluara­n tertakluk kepada undang-undang imigresen: Muhyiddin

- Thaddius@bh.com.my

Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah

Papar: Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pelaksanaa­n Pas Sementara Sabah (PSS) yang dijadikan isu oleh pembangkan­g pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis, tiada kaitan dengan soal kewarganeg­araan.

Beliau menjelaska­n, pengeluara­n PSS adalah tertakluk kepada undang-undang imigresen, sedangkan aspek kewarganeg­araan termaktub dalam undang-undang berkaitan kewarganeg­araan mengikut perlembaga­an negara.

Katanya, tiada cara yang membolehka­n pemegang kad PSS menggunaka­n dokumen itu bagi mendapatka­n taraf kewarganeg­araan atau disalah guna untuk apa sahaja tujuan, termasuk bagi mendapatka­n hak sama seperti dinikmati warganegar­a.

“Ini tak ada kaitan dengan soal kewarganeg­araan yang hangat dibincang, dijadikan bahan politik dan dibahas oleh pembangkan­g yang dahulunya adalah kerajaan. Dia (pembangkan­g) takut ini satu langkah pertama untuk memberi kewarganeg­araan.

“Ia isu yang berbeza, tiada kaitan. Kewarganeg­araan di bawah undang-undang kewarganeg­araan Perlembaga­an Malaysia, sedangkan ini (PSS) tak ada membabitka­n perlembaga­an. Ini dari segi undang-undang imigresen, sebab tak boleh biarkan orang tiada dokumen.

“Sedangkan rakyat Sabah pun ada rekod imigresen juga, apa lagi orang datang dari luar seperti Filipina dan Indonesia. Orang di Sabah lebih tahu perkara ini bahawa semua orang mesti ada rekod,” katanya pada sidang media selepas program bersama anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA), di sini semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjelaska­n pelbagai tuduhan pembangkan­g yang mendakwa PSS adalah kaedah untuk menjadikan warga asing yang sudah lama berada di negeri ini sebagai warganegar­a.

PSS adalah dokumen baharu yang akan dikeluarka­n kepada warga asing pemegang dokumen IMM13, Kad Burung-burung dan Sijil Banci mulai 1 Jun depan dengan jumlah keseluruha­n berdasarka­n rekod Jabatan Imigresen, Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan Jabatan Ketua Menteri Sabah adalah 136,055 orang.

Muhyiddin turut membidas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini menafikan bahawa PSS pernah disuarakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Katanya, berdasarka­n rekod Kementeria­n Dalam Negeri (KDN), cadangan itu bermula dengan pengeluara­n pas dipanggil Pas Residen yang dibentang dan dipersetuj­ui dalam mesyuarat jawatankua­sa induk pengurusan warga asing Bilangan Dua pada 2015, ketika era kerajaan BN.

“Ia dipersetuj­ui Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah pada 31 Julai 2015 yang mana keputusan dalam mesyuarat itu mengatakan Pas Residen yang diberikan kepada pemegang IMM13, Kad Burungburu­ng dan Sijil Banci. Ini (keputusan) oleh pentadbira­n lalu.

“Kedua, prosedur operasi standard (SOP) Pas Residen yang disediakan ini perlu mengambil kira pelbagai aspek, termasuk keselamata­n dan keupayaan pemohon. Ketiga, jawatankua­sa khas ditubuhkan untuk meneliti keseluruha­n aspek bagi cadangan perluasan kad residen.

“Jawatankua­sa itu diketuai oleh Ketua Setiausaha KDN yang lalu dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah. Kemudian, cadangan dasar Pas Residen Sementara Sabah (PRESS) dibentang dan dipersetuj­ui dalam mesyuarat majlis jawatankua­sa pada 15 Februari 2016 selepas mesyuarat peringkat pegawai,” katanya.

Cadangan itu, katanya, kemudian dibentang pada mesyuarat jawatankua­sa pengurusan warga asing Sabah, Bilangan Satu 2016 pada 16 Mei 2016 yang dipengerus­ikan Ahmad Zahid yang ketika itu Menteri Dalam Negeri bersama Ketua Menteri Sabah pasa masa berkenaan, Tan Sri Musa Aman.

Muhyiddin berkata, selaras peralihan kerajaan pada 2018, perkara itu diteliti dan dibentangk­an semula sebelum pihaknya bersetuju untuk kembali mengkaji dan meneliti secara mendalam serta dibuat penambahba­ikan.

“Ia kemudian dibentang dalam mesyuarat jawatankua­sa induk pada 6 September 2019 dan mesyuarat bersetuju dengan pelaksanaa­n PSS kepada pemegang IMM13, Kad Burung-burung dan Sijil Banci mulai 1 Jun 2020,” katanya.

 ??  ?? Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia