Berita Harian

Latheefa perlu beri penjelasan lanjut: Anwar

-

Kuala Lumpur: Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya, perlu memberi penjelasan lanjut berhubung tindakan agensi itu mendedahka­n sembilan set klip rakaman perbualan didakwa konspirasi jenayah peringkat tertinggi pada Rabu lalu.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata tindakan SPRM membuat pendedahan kepada umum itu mengundang reaksi pelbagai termasuk kritikan sesetengah pihak.

Katanya, pendedahan rakaman itu turut membabitka­n perbualan pasangan suami isteri, sekali gus menimbulka­n kebimbanga­n berhubung aspek kerahsiaan seseorang individu.

“Saya rasa beliau (Latheefa) perlu memberikan penjelasan lanjut sebab ada juga kebimbanga­n mengenai kerahsiaan peribadi seseorang, (panggilan) telefon suami isteri, namun hujah menegakkan keadilan dan fakta maklumat perlu.

“Selain itu, ia harus dirujuk kepada mahkamah untuk diputuskan,” katanya kepada media selepas Forum Ketamaduna­n Islam: Perspektif Melayu-nusantara di Muzium Institut Antarabang­sa Tamadun Islam dan Dunia Melayu (ISTAC), Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), di sini, semalam.

Ditanya sama ada tindakan SPRM itu boleh menjejaska­n perbicaraa­n kes 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) di mahkamah, Anwar menjelaska­n, beliau tidak pasti dan terserah kepada proses perundanga­n.

“Perkara ini wajar diserahkan kepada polis dan dirujuk kepada mahkamah jika ada bukti yang dapat disahkan,” katanya.

Rabu lalu, SPRM mendedahka­n sembilan set rakaman perbualan selama 45 minit yang didakwa konspirasi jenayah peringkat tertinggi dan hasil siasatan agensi itu mendapati ia adalah tulen.

Pada sidang media khas di Putrajaya, Latheefa memperdeng­arkan klip audio didakwa perbualan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan berapa individu berhubung kes 1MDB dan SRC Internatio­nal Sdn Bhd.

Dalam isu berasingan, Anwar berkata, keputusan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas untuk tidak mendakwa mana-mana pihak berhubung kes video lucah dikaitkan dengan seorang menteri, adalah berdasarka­n bukti yang dikemukaka­n.

“Saya baca (kenyataan Tommy). Beliau membuat keputusan berdasarka­n bukti yang diberikan kepadanya. Justeru, saya akan membiarkan begitu saja (keputusan itu),” katanya.

Tommy dalam satu kenyataan pada Khamis lalu, memaklumka­n selepas menyemak keterangan dikumpul dan dikemukaka­n oleh polis, Timbalan Pendakwa Raya sebulat suara mengesyork­an tiada pertuduhan boleh dibuat berhubung isu video itu.

Saya rasa beliau (Latheefa) perlu memberikan penjelasan lanjut sebab ada juga kebimbanga­n mengenai kerahsiaan peribadi seseorang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia