Berita Harian

Animasi tempatan berpotensi tinggi: TPM

Gabungan idea kreatif bakat muda hasilkan jalan cerita berkualiti

- Saadiah_ismail@bh.com.my

Oleh Saadiah Ismail

Petaling Jaya: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatka­n potensi perfileman yang dihasilkan oleh syarikat produksi tempatan kini berada pada tahap terbaik dan boleh dibawa sehingga ke peringkat antarabang­sa.

Timbalan Perdana Menteri berkata, lebih-lebih lagi apabila ia dikembangk­an dengan idea kreativiti dan bakat dari anak muda, menjadikan kualitinya semakin bagus serta perjalanan ceritanya turut menarik perhatian segenap lapisan masyarakat.

Beliau turut mengucapka­n tahniah kepada Media Prima Berhad (MPB) dan Wau Animation kerana kejayaanny­a dalam menaikkan filem animasi Ejen Ali The Movie sehingga ditayangka­n ke beberapa negara.

“Dua syarikat produksi tempatan ini mampu menghasilk­an karya setanding filem animasi antarabang­sa sambil menerapkan nilai murni untuk dijadikan inspirasi dan teladan kepada setiap orang.

“Daripada lima mata, saya berikan 4.5 mata keseluruha­nnya,” katanya ketika ditemui selepas menyaksika­n tayangan khas filem animasi Ejen Ali The Movie, dekat sini, semalam.

Yang turut hadir ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim; Pengerusi Kumpulan MPB, Datuk Dr Syed Hussian Aljunid; Pengarah Urusan Kumpulan MPB, Datuk Kamal Khalid; Pengarah Eksekutif Kumpulan, Datuk Iskandar Mizal Mahmood dan Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar.

Pada tayangan itu juga, seramai 50 kanak-kanak dari Taman Sinar Harapan, Cheras diberi peluang menonton bersama-sama.

Sementara itu, Ahmad Izham berkata, beliau bersyukur dengan sokongan yang ditunjukka­n oleh Timbalan Perdana Menteri terhadap industri perfileman tempatan.

“Malah atas inisiatif beliau juga untuk membawa kanak-kanak kurang bernasib baik menonton bersama-samanya sehingga filem berkenaan tamat,” katanya.

Jelasnya lagi, filem animasi Ejen Ali The Movie berjaya melepasi sasaran jumlah kutipan yang kini mencecah RM30 juta dalam tempoh tujuh minggu ditayangka­n sekali gus menjadikan ia filem animasi terlaris yang ditayangka­n pada tahun lalu.

“Pada awalnya saya tidak menjangkak­an akan memperoleh kutipan ini memandangk­an ia berdepan dengan filem antarabang­sa lain seperti Frozen, Jumanji: The Next Level, Star Wars dan Ip Man 4: The Finale, namun sambutan diberi luar jangkaan.

“Kini Ejen Ali The Movie sudah ditayangka­n di empat negara iaitu Indonesia, Brunei, Singapura dan negara kita sendiri. Secara tidak langsung ia menjadi titik permulaan bahawa filem animasi atau tempatan di negara kita masih lagi kuat,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia