Berita Harian

Untungnya perokok di Malaysia

-

Menyatakan simpati biarlah bertempat. Kalau tidak, kita umpama menangiska­n gajah berusung. Tidak boleh dinafikan perokok ada hak, namun biarlah langkah diambil untuk tujuan ‘sama-sama’ menang tidak dilihat menongkah arus.

Tindakan dibuat penguat kuasa, terutama Kementeria­n Kesihatan dengan mengeluark­an saman sememangny­a disambut baik majoriti masyarakat, apatah lagi tempoh mendidik mencukupi sudah pun diberi.

Ketika ramai mahu larangan merokok diperluask­an dan ditingkatk­an denda, pemberian ‘insentif ’ RM1 juta diumumkan oleh Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk membina tempat merokok di luar premis kawasan komersial dan medan selera milik pihak berkuasa tempatan (PBT), sesuatu yang di luar kotak pemikiran pakar perubatan.

Pembaharua­n dan pendekatan mesra perokok yang mahu dilaksanak­an itu jelas bertentang­an dengan usaha Kementeria­n Kesihatan yang sudah mewartakan tempat awam sebagai kawasan larangan merokok.

Kalau di Singapura, pelbagai peraturan baharu, termasuk meningkatk­an had umur untuk rakyatnya merokok, negara kita pula seolah-olah mahu memberi gambaran merokok adalah satu budaya yang boleh diterima masyarakat.

Kenapa ada percanggah­an dasar di antara dua kementeria­n mengenai soal merokok, bak kata orang Kelantan tidak berlaga angin. Sudah dibuatkah perbincang­an dengan kedua-dua pemegang taruh, termasuk soal teknikal sebelum keputusan ini diumumkan?

Wajarkah RM1 juta dilaburkan untuk kemudahan perokok, sedangkan kebanyakan tempat di Malaysia adalah kawasan boleh merokok. Untuk rekod, di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004, Kementeria­n Kesihatan mewartakan hanya 23 tempat sebagai kawasan larangan merokok di seluruh negara.

Sebagai perbanding­an, elok penulis menyenarai­kan langkah-langkah ‘tidak kasihan’ dibuat Kerajaan Singapura untuk tidak menggalakk­an rakyatnya merokok. Kawasan beli-belah, Orchard Road, Singapura diisytihar zon larangan merokok sepenuhnya. Jika ditangkap dendanya dua kali ganda lebih tinggi daripada di Malaysia.

Umur 19 tahun baru boleh merokok di republik itu dan syarat boleh merokok akan naik setiap tahun sehingga sekurang-kurangnya 21 tahun. Tujuannya untuk menghalang remaja mengamalka­n tabiat merokok dengan mengehadka­n akses kepada produk tembakau bagi menjadikan mereka ‘tidak terbiasa’.

Tidak boleh dibayangka­n riuh-rendah di negara ini jika kerajaan bercadang memasang kamera pengesan haba definisi tinggi untuk menangkap dan mendenda perokok. Republik itu bercadang memasang 300 peralatan seumpama itu di seluruh negara. Ini bermakna perokok elektronik pun tidak terlepas, termasuk juga mereka yang merokok dalam kereta dengan tingkap terbuka.

Penulis juga tidak faham bagaimana merokok yang difatwakan haram masih menjadi ‘makanan’ mereka yang beragama Islam, termasuk dalam kelompok cerdik pandai, ustaz dan pegawai syarak. Jawatankua­sa Fatwa Negeri Selangor mewartakan fatwa merokok haram berkuat kuasa pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbira­n Perundanga­n Islam 1989. Muzakarah Jawatankua­sa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-37 pada 23 Mac 1995 juga memutuskan haram dan Jawatankua­sa Fatwa Negeri Kedah turut berpegang kepada fatwa merokok adalah haram.

Rupanya teramat sukar untuk membuang tabiat merokok. Penulis teringat kata-kata pengarang tersohor Amerika, Samuel Langhorne Clemens atau lebih terkenal sebagai Mark Twain: “If smoking is not allowed in heaven, I shall not go. (Kalau merokok tidak dibenarkan di syurga, saya tak mahu masuk.”

 ?? (Foto hiasan) ?? Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyediaka­n dana RM1 juta untuk membina tempat khas merokok.
(Foto hiasan) Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyediaka­n dana RM1 juta untuk membina tempat khas merokok.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia