Berita Harian

Negeri Sembilan kaya produk pelanconga­n

-

Sembilan yang terkenal dengan Adat Perpatih bukan sahaja kaya dengan adat dan budaya, tetapi turut mempunyai banyak lokasi menarik untuk dilawati sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM2020).

Selain terkenal dengan pantai Port Dickson yang saban minggu menjadi tumpuan warga kota berehat, negeri ini turut terkenal dengan sumber ekopelanco­ngan.

Sempena TMM2020 pelbagai usaha kerajaan negeri lakukan bagi menarik ramai pelancong, terutama dari luar negara untuk melawat negeri ini.

Malah, pada November lalu, kerajaan negeri turut berkesempa­tan mempromosi­kan pakej pelanconga­n negeri ini dalam siri lawatan ke London bersama Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC).

Pakej pelanconga­n yang dipromosik­an adalah muzium yang terdiri daripada Kompleks Muzium Negeri, Muzium Adat, Muzium Lukut, Muzium Tentera Darat dan Muzium Diraja Seri Menanti.

Yang turut dipromosik­an adalah ekopelanco­ngan yang menarik, iaitu Jeram Toi, Gua Batu Maloi, Taman Negeri Kenaboi,

Hutan Lipur Batu Maloi, Pusat Rekreasi Ulu Bendul dan banyak lagi tempat menarik yang boleh diterokai.

Mereka yang suka aktiviti mendaki pula tidak terkecuali apabila boleh mendaki Gunung Angsi, Gunung Datuk, Gunung Berembun, Gunung Telapak Buruk dan Bukit Batu Putih yang terkenal di Port Dickson.

Apabila menyebut mengenai percutian sudah pasti memerlukan penginapan dan di negeri ini terdapat banyak penginapan yang sesuai mengikut bajet masing-masing.

Mereka yang sukakan pantai sudah pasti akan memilih untuk menginap di Port Dickson yang menawarkan pelbagai jenis penginapan daripada hotel mewah, resort, apartmen dan inap desa.

Sempena TMM2020, kerajaan negeri giat mengadakan pelbagai promosi sebagai tarikan dan merancang untuk berbincang dengan pengendali hotel serta ejen pelanconga­n untuk menawarkan harga penginapan yang berpatutan.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Razali Ab Malik, berkata selain itu pihaknya akan meminta pihak terbabit menyediaka­n pakej pelanconga­n menarik untuk menggalakk­an lebih ramai

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia