Berita Harian

Pengunjung terpikat Negeri Adat Perpatih

-

Usaha kerajaan negeri untuk mempromosi pelbagai keunikan dan kekuatan industri pelanconga­n sejajar dengan Tahun

Melawat Malaysia 2020 (TMM2020) mampu menarik ramai pengunjung domestik dan antarabang­sa meneroka pengalaman dengan cara tersendiri.

Pelancong dari Jakarta, Indonesia, Tjong Eddy, 40, berkata ini beliau kali pertama datang ke Port Dickson untuk bercuti bersama keluarga.

Katanya, setiap tahun beliau bersama isteri dan tiga anak berusia enam sehingga 10 tahun akan mengunjung­i Malaysia untuk bercuti selama seminggu.

“Untuk tahun ini kami memilih untuk bercuti di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum menghabisk­an percutian di Port Dickson.

“Saya memang suka ke Malaysia kerana selain budaya tidak jauh beza, perkhidmat­an yang disediakan bagus dan berpuas hati dengn juga dengan keramahan masyarakat di sini,” katanya.

Pelancong dari Singapura, Osman Omar, 65, berkata beliau tahu mengenai TMM2020 kerana sentiasa mengikuti perkembang­an semasa termasuk berkaitan industri pelanconga­n di negara ini.

Beliau yang datang bersama isteri, anak, menantu dan cucu, berkata walaupun selalu datang ke negara ini tetapi belum pernah ke Port Dickson atau mana-mana lokasi di negeri ini.

“Jadi kalau boleh saya memang mahu melawat banyak tempat menarik di Negeri Sembilan selain merasai makanan tradisi negeri ini, terutama masak lemak daging salai,” katanya.

Pengunjung dari Kuala Lumpur, M Janu, 61, berkata beliau sering datang ke Port Dickson untuk bercuti bersama anak-anak kerana puas hati dengan perkhidmat­an hotel yang disediakan.

Katanya, beliau melihat banyak usaha dilakukan kerajaan dalam mempromosi­kan TMM2020 dan memuji usaha itu.

“Malaysia mempunyai banyak tempat menarik yang sepatutnya dimanfaatk­an sepenuhnya. Jika lebih banyak promosi yang dijalankan pasti lebih ramai pelancong, terutama dari luar negara akan datang, sekali gus dapat meningkatk­an ekonomi negara,” katanya.

Suri rumah dari Seremban, Norraishah Mohamad, 42, turut memuji usaha kerajaan mempromosi­kan TMM2020 di pelbagai platform.

Katanya, tindakan itu ditambah dengan usaha daripada kerajaan negeri yang meningkatk­an infrastruk­tur sedia ada mampu menarik lebih ramai pengunjung ke Negeri Sembilan.

“Harap usaha mempromosi­kan Malaysia di mata dunia ini bukan dilakukan sempena TMM2020 sahaja tetapi turut dilakukan sepanjang masa supaya negara ini terus dikenali dan dikunjungi ramai,” katanya.

Akauntan dari Selayang, Selangor, Chui Poh Yee, 28, berharap lebih banyak promosi TMM2020 dibuat kerajaan, terutama menerusi media sosial.

“Mungkin saya terlepas pandang mengenai TMM2020 tetapi dalam era digital ketika ini dengan penggunaan media sosial yang semakin meluas, adalah lebih baik lebih banyak promosi dibuat menerusi platform itu,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia