Berita Harian

Pilihan berbaloi seisi keluarga

-

Kumpulan Halim Mazmin (KHM), pembukaan taman tema air signifikan kepada Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM2020), sekali gus menjanjika­n keseronoka­n kepada pengunjung sempena kempen tarikan pelancong ke Malaysia tahun ini.

Pengerusi Eksekutif KHM, Tan Sri Halim Mohammad, berkata pelancaran rasminya itu bakal disempurna­kan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bulan depan.

“Ia bukan sahaja menjana peluang pekerjaan kepada anak tempatan, tetapi merancakka­n lagi ekonomi di pulau bebas cukai yang sudah lama tidak menghasilk­an produk baharu.

“Selepas lebih 20 tahun terbabit sektor pelaburan di Langkawi, saya lihat sudah tiba masanya kita membuat sesuatu yang baharu dan pembukaan taman tema air ini bertepatan sekali kerana kalau kita lihat perkhidmat­an ini antara yang menjadi tarikan di seluruh dunia.

“Jadi saya harap pembukaan taman tema air akan membantu meningkatk­an lagi taraf Langkawi sebagai kawasan pelanconga­n di Asia,” katanya.

Bagi pengunjung, Nor Hidayah Abd Hamid, 32, taman tema itu sesuai untuk dua anaknya kerana persekitar­an yang tidak terlalu luas, banyak permainan dan menggembir­akan si kecil kerana banyak tarikan dan berendam di air.

Beliau yang bekerja sebagai juruterban­g sewa khas Prima Air berkata, tarikan dan permainan yang ada di SOL berpatutan pada harga selain memenuhi masa terluang, terutama pada hari cuti singkat.

“Dengan permainan gelongsor yang berbeza tahap cabaran, ibu bapa sendiri boleh bersama bermain air, dan aktiviti berhibur untuk mereka yang mempunyai cuti singkat, sekali gus boleh beriadah seisi keluarga.

“Secara tidak langsung ia mengisi aktiviti hari cuti yang boleh dilakukan sambil belajar, menimba pengalaman baharu dan paling penting, amat menyeronok­kan, tidaklah anakanak hanya ralit bermain gajet,” katanya.

Bagi eksekutif swasta, Siti Sarah Ishak, 27, beliau mengambil kesempatan membawa anak saudara ketika pulang bercuti ke kampung halaman.

“Prasarana yang ada cukup selesa, terutama kemudahan tanpa tunai. Caranya mudah, beli tambah nilai isian token, dan boleh berbelanja semahunya. Ketika pulang, baki dari e-dompet dikembalik­an semula.

“Saya berharap semua permainan dapat dibuka pada masa akan datang. Saya mencuba semua yang sudah beroperasi antaranya dan katanya. Selain itu, SOL juga menawarkan 12 permainan dan gelongsor air, pilihan gerai makan seperti

serta kedai cenderamat­a antaranya dan

 ??  ??
 ??  ?? Siti Sarah Ishak,
Siti Sarah Ishak,
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia