Berita Harian

Taman tema air pulau legenda

-

Popular dengan sumpahan Mahsuri, kisah gadis berdarah putih, hingga menarik minat jutaan pelancong yang mahu melakukan aktiviti pantai tetapi tumpuan membeli-belah kerana berstatus pulau bebas cukai.

Dengan landskap indah, binaan batu kapur, gua, gerbang laut, longgokan rumput kering, batu tinggalan glasier dan fosil-fosil, pulau kecil di Kedah itu dianugerah­kan status Geopark oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) pada 2007.

Keindahan warisan geologinya wujud sejak 500 juta tahun lalu, menjadikan pulau itu mempunyai formasi batu unik yang membangkit­kan imaginasi dan mengeliruk­an minda.

Langkawi yang terdiri daripada sekumpulan 99 pulau tropika di persisiran barat laut Semenanjun­g itu tidak hanya menyajikan aktiviti pantai, malah mempunyai tarikan baharu untuk mereka yang menyukai taman tema air.

Kini seisi keluarga dapat berlibur di taman tema air pertama pulau peranginan, iaitu

Splash Out Langkawi (SOL), dengan keluasan 4.86 hektar, segala macam permainan boleh dicuba.

Dengan lokasi strategik di pekan Kuah, SOL yang dibuka secara rasmi 15 Disember lalu, berbaloi untuk dikunjungi sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat usia, sekali gus menjadi mercu tanda ikon pelanconga­n baharu di pulau berkenaan.

Menariknya, di SOL itu dibina sembilan simulasi ombak dengan kedalaman mendatar hingga dua meter, membuatkan ramai tertunggu-tunggu kedatangan alunan air berombak laju di atas pelampung besar sama ada bersendiri­an atau berpasanga­n.

Tidak hanya itu, permainan yang wajar dicuba, gelongsor air setinggi bangunan enam tingkat memberikan keseronoka­n untuk meluncur laju sambil melihat pemandanga­n sekitar kawasan yang masih dilitupi kehijauan bukit serta bangunan hotel, premis perniagaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia