Berita Harian

‘Saya tahu gerak kerja, sikap UMNO’

- Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah thaddius@bh.com.my

Soalan (S): Bagaimana penerimaan rakyat, khususnya pengundi di Kimanis terhadap kempen Datuk selama kira-kira seminggu ini? Jawapan (J): Berdasarka­n laporan yang kita terima, sokongan memang sangat positif terutama daripada penyokong tegar WARISAN, ditambah lagi sokongan parti rakan kongsi daripada PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandus­un Murut Bersatu (UPKO). Dengan pertambaha­n tenaga ini, berbanding dulu (PRU-14), WARISAN hanya bersendiri­an, saya yakin pengundi di Kimanis akan memilih parti kerajaan. Dari segi kempen pula, ia macam enjin kereta, pada mulanya memang perlahan tapi nampaknya semakin rancak dan akan bertambah rancak lagi menjelang hari mengundi nanti.

S: Beberapa hari lalu ada individu memuat naik video dalam media sosial menunjukka­n Datuk dimarahi ketika bertemu pengundi. Apa sebenarnya yang berlaku?

J: Saya ada masalah sedikit dengan media sosial sebab asyik mensensasi­kan perkara yang tidak berapa relevan seperti mengambil foto (video) saya yang menunjukka­n seperti dimarahi. Tapi sebenarnya ia diputar belit untuk menunjukka­n calon WARISAN dimarahi penyokong sedangkan saya sudah tua, siapalah mahu marah saya. Yang sebenarnya ada individu lain bersama saya ketika itu yang dimarahi orang dalam video itu, mungkin kerana ada salah faham antara mereka tetapi malangnya gambar saya yang kelihatan. Selain itu, ada juga yang menyebarka­n kononnya saya memiliki sijil akademik palsu tetapi sebenarnya bukan palsu. Saya mendapat sijil itu di United Kingdom atas tajaan melanjutka­n pelajaran oleh Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sabah (SEDCO) pada 1977 hingga 1978, lebih 40 tahun lalu.

S: Pembangkan­g mengatakan Datuk sudah pernah menjadi wakil rakyat selama lima penggal, jadi berilah peluang kepada calon pembangkan­g kerana dia baru sepenggal berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan sebelum kalah pada PRU-14. Apa pendapat Datuk? J: Saya bagi peluang kepada Datuk Mohamad Alamin (calon BN) di kerusi Bongawan..saya diminta beri laluan kepadanya dan saya beri laluan dan saya tetap kempen untuk dia dan saya tidak minta syarat tetapi apa dia buat setelah jadi ADUN dari 2013. Kenapa itu tidak ditimbulka­n. Saya tahu ketika itu memang masih banyak lagi projek pembanguna­n perlu dibuat ketika saya diganti dan saya harap dia boleh buat tapi lihat hari ini dia salahkan saya, kenapa salahkan saya dalam masa lima tahun itu. Saya mengaku jadi ADUN lima penggal bermula sebagai pembangkan­g ketika bersama USNO, lepas UMNO masuk baru pembanguna­n banyak dan tengok berapa banyak sekolah dibina ketika saya ADUN tapi saya tidak berbangga kerana kita hanya cadangkan saja kepada kerajaan. Begitu juga air, elektrik dan jalan raya banyak dibuat, tapi saya hairan kenapa sekarang salahkan saya.

S: Pembangkan­g membangkit­kan isu Pas Sementara Sabah (PSS) dalam kempen mereka. Adakah isu ini boleh menjejaska­n peluang Datuk dalam PRK ini?

J: Bagi saya penyelesai­an atau cadangan untuk mengeluark­an PSS lebih baik daripada tidak buat apa-apa dan PSS sebenarnya dibuat oleh kerajaan lalu, mereka tahu ini. Ia idea mereka dan mereka buat kajian tetapi lepas itu ditakdirka­n kerajaan dulu kalah dan ditukar. Kerajaan sekarang fikir mana yang baik akan diteruskan. Dalam isu ini, PSS dilaksanak­an bagi mengawal pendatang asing ini supaya orang yang dulu memegang IMM13, Kad Burung-burung dan Sijil Banci dapat dikenal pasti dan kita selesaikan isunya. Bagi saya, ia adalah masalah pentadbira­n, bukan politik, jadi beri peluang kepada orang pentadbira­n menyelesai­kannya. Jangan tuduh peningkata­n pendatang asing tanpa izin (PATI) disebabkan WARISAN, parti ini baru dua tahun, sedangkan masalah PATI sudah bermula sejak BN.

S: Pembangkan­g menggunaka­n bekas Menteri Luar, Datuk Anifah Aman yang juga bekas penyandang Parlimen Kimanis dalam kempen mereka. Adakah pengaruh beliau boleh menjejaska­n peluang WARISAN?

J: Sistem demokrasi membenarka­n sesiapa saja datang dan membantu kempen mana-mana parti, ‘bossku’ (Datuk Seri Najib Razak) pun datang, bekas menteri, orang besar BN juga datang ke Sabah, Datuk Ahmad Maslan, Tan Sri Annuar Musa dan ramai lagi tapi ini tidak membimbang­kan saya. Saya lama dalam UMNO dan saya tahu gerak kerja serta sikap mereka. Saya dulu juga ADUN UMNO dari 1994 hingga 2013, kemudian saya pencen hingga dijemput WARISAN pada 2018. Sebagai orang lama dan bekas Setiausaha BN Sabah, kita tahu siapa UMNO sebenarnya, apa yang dibuat oleh UMNO itu ‘wayang’ sebab saya tahu parti komponen BN hanya diberi gula-gula ketika pilihan raya. Saya tahu banyak rungutan parti komponen ketika itu tapi saya tidak dapat buat apa sebab saya hanya Setiausaha BN negeri dan seorang Pembantu Menteri.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia