Berita Harian

Strategi kempen BN tarik sokongan pengundi

-

Soalan (S): Apa perancanga­n Datuk untuk Kimanis jika menang dalam PRK ini? Jawapan (J): PRK ini bukan soal di antara saya dengan Datuk Karim Bujang. Ini soal maruah rakyat Sabah. Jika ditakdirka­n kita menang, saya akan bawa suara rakyat Kimanis dan Sabah ke Parlimen.

S: Apa isu penting yang BN ketengahka­n dalam PRK Kimanis?

J: Isu sudah tentu ialah Pas Sementara Sabah (PSS).

S: Bagaimana sambutan pengundi kepada BN selepas hampir seminggu kempen dilaksanak­an?

J: Alhamdulli­lah saya puas hati, dalam kempen saya ke rumah-rumah, maklum balas sangat positif. Saya lawat rumah mereka dan lihat ada antaranya penyokong parti lawan tetapi mereka kata tidak akan undi WARISAN. Rakyat sekarang faham dan saya percaya mereka akan memilih BN pada 18 Januari nanti. Ini bukan untuk saya tetapi untuk rakyat Sabah. Setakat ini kita sudah menjelajah hampir separuh kawasan bertemu pengundi, ada separuh lagi tetapi itu tidak termasuk sebelum bermulanya kempen.

S: Ada yang mengatakan kemenangan mana-mana parti bergantung kepada undi pengundi atas pagar. Adakah ini berlaku dalam PRK Kimanis ini?

J: Tidak dinafikan ada pengundi atas pagar, bukan orang muda saja tetapi orang tua juga ada. Namun, kita yakin mereka akan bersama kita. Kita akan bekerja kuat untuk memastikan golongan pengundi ini menyokong BN.

S: WARISAN mengatakan jangan undi BN kerana penduduk Kimanis akan rugi sebab tiada pembanguna­n dapat disalurkan jika kawasan ini diwakili pembangkan­g. Apa komen Datuk?

J: Tanggungja­wab membawa pembanguna­n ialah kerajaan bukan parti politik. Tanggungja­wab kerajaan tetap sama, iaitu kalau BN menang pun, kerajaan tetap bertanggun­gjawab membangunk­an Kimanis. Sebagai contoh Penampang dulu ketika Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Darell Leiking masih pembangkan­g, berapa banyak dana disalurkan di sana, jutaan ringgit disalurkan untuk projek pencegahan banjir. Jadi soal pembanguna­n itu adalah tanggungja­wab kerajaan, bukan parti politik. Kalau tidak dapat dana Ahli Parlimen daripada kerajaan pun, tidak apa. Kita pun bukan bergantung kepada dana Ahli Parlimen untuk pembanguna­n, hanya RM4 juta atau RM5 juta setahun, sebab kerajaan yang bertanggun­gjawab membangunk­an kawasan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia