Berita Harian

Vaksin berkala cegah influenza

Suntikan sekali setahun untuk tingkat sistem imunisasi

- Lizz@nstp.com.my

Oleh Norliza Abdullah

Kuala Lumpur: Ramai kurang sedar mengenai pentingnya pengambila­n vaksin influenza setiap tahun yang terbukti berkesan menghindar virus berkenaan yang boleh membawa komplikasi kesihatan hingga meragut nyawa.

Suntikan vaksin influenza secara berkala dengan kekerapan sekali setahun mencukupi bertujuan meningkatk­an sistem imunisasi badan, terutama bagi golongan berisiko.

Pakar Perunding Pediatrik dan Neurologi, Dr Mohd Feizel Alsiddiq Mohd Fakharuddi­n, berkata individu berisiko mengalami jangkitan virus terutama kanak-kanak berusia bawah lima tahun, orang tua berusia 65 tahun ke atas, wanita hamil dan pesakit kronik.

Beliau berkata, pesakit kronik perlukan vaksin memandangk­an sistem imun mereka rendah, mudah diserang penyakit terutama dalam kalangan penghidap kanser, kencing manis, darah tinggi dan masalah sistem pernafasan.

"Vaksin influenza sebagai senjata terbaik mencegah penyakit dan perlindung­an awal bagi meanak ngelak gangguan kesihatan lebih serius," katanya.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataann­ya sebagai memetik, kes jangkitan inf luenza yang direkodkan berada dalam julat normal dan hampir sama tahun sebelumnya.

Senario itu tidak boleh dijadikan alasan untuk orang ramai tidak mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak jangkitan. Virus menyerang sepanjang tahun sentiasa mencari mangsanya.

Dr Mohd Feizel Alsiddiq yang juga Pensyarah Kehormat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, berkata ramai beranggapa­n pengambila­n vaksin hanya perlu jika hendak ke luar negara, tanpa memikirkan virus berkenaan berada di mana-mana sahaja.

"Tidak salah mengambil vaksin walaupun tidak ke manamana, ini sebagai perlindung­an mengelak jangkitan," katanya.

Menyedari pentingnya pencegahan awal, beliau menasihatk­an ibu bapa sentiasa peka perubahan anak masing-masing. Jika menunjukka­n gejala seperti deman, selesema, batuk dan bersin berpanjang­an jangan bawa mereka di tempat awam.

Beliau berkata, usah biarkan anak ke sekolah atau elak meletakkan mereka di pusat penjagaan kanak-kanak kerana dikhuatiri keadaan bersesak-sesak menyebabka­n virus cepat merebak hingga memudaratk­an kumpulan lebih besar.

Kegagalan mendapat rawatan kesan virus influenza boleh menyebabka­n anak berhadapan risiko antaranya Pneumonia, bronchitis dan radang otak.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam kajiannya baru-baru ini, mendapati sekitar 600 juta masyarakat di dunia berhadapan risiko influenza setiap tahun. Kadar kematian berkaitan influenza dianggarka­n mencapai 400,000 setahun.

Dr Mohd Feizel Alsiddiq berkata, kekerapan setiap tahun perlu kerana vaksin berkenaan hanya boleh tertahan dalam tempoh setahun dan perlu diambil untuk tahun seterusnya bagi mengekalka­n sistem imun badan daripada penyakit.

Selain itu juga, beliau berkata, virus influenza berubah setiap tahun yang lazimnya Influenza A mahupun Influenza B.

Setiap tahun WHO mengeluark­an cadangan kepada pengeluar farmaseuti­kal mengenai jenis vaksin yang perlu dihasilkan berdasarka­n penyelidik­an pakar mengenai jenis virus yang dijangkaka­n menyerang pada tahun berkenaan.

Berdasarka­n hasil kajian sejak sekian lama di seluruh dunia, pengeluar vaksin hanya akan menghasilk­an vaksin influenza mengikut ketetapan WHO mengikut keperluan semasa.

Influenza menyerang terutama pada musim sejuk iaitu November hingga Mac di hemisfera Utara, April hingga

September di negara Hemisfera Selatan.

Namun di kawasan Tropika seperti Malaysia, influenza boleh berlaku pada bila-bila masa. Bagi keperluan penduduk di negara ini, pakar menyaranka­n sebaiknya mereka mengambil vaksin influenza seperti diambil penduduk di negara Hemisfera Utara.

Bekalan vaksin influenza untuk kegunaan penduduk di Hemisfera Utara, lazimnya disediakan seawal September hingga Oktober tahun yang sama, manakala bagi penduduk di Hemisfera Selatan, terutama di Australia dan New Zealand pula, vaksin sama disediakan sekitar Mac hingga April sebelum kemuncak musim sejuk bagi negara negara berkenaan.

 ?? (Foto Mustaffa Kamal/ BH) ?? Dr Mohd Feizel memunjukka­n vaksin bagi mencegah influenza.
(Foto Mustaffa Kamal/ BH) Dr Mohd Feizel memunjukka­n vaksin bagi mencegah influenza.
 ??  ?? Pakar Perunding Pediatrik dan Neurologi
Pakar Perunding Pediatrik dan Neurologi
 ??  ?? Dr. Mohd Feizel memeriksa pesakit Nur Zahra Amani Nor Mohammad, 6, di Klinik Kanak-kanak Prince Court Medical Centre.
Dr. Mohd Feizel memeriksa pesakit Nur Zahra Amani Nor Mohammad, 6, di Klinik Kanak-kanak Prince Court Medical Centre.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia