Berita Harian

Influenza bukan virus baharu: Dr Dzulkefly

Jangkitan tiada kaitan langsung wabak radang paru-paru di Wuhan, China

-

Kuala Lumpur: Analisis dibuat Institut Penyelidik­an Perubatan (IMR) dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) terhadap jangkitan virus influenza yang menunjukka­n peningkata­n pada masa ini, mendapati ia bukan virus baharu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata jangkitan influenza yang berlaku di Malaysia ketika ini juga tiada kaitan langsung dengan wabak radang paru-paru (pneumonia) yang berlaku di Wuhan, China.

“Analisa semasa itu membabitka­n kajian trend influenza membabitka­n kadar konsultasi kes penyakit serupa influenza (ILI) dan kadar kemasukan pesakit ke wad dengan jangkitan pernafasan akut teruk (SARI),” katanya seperti dilapor BERNAMA selepas merasmikan program Kempen Derma Darah anjuran Persatuan Alumni Sekolah Tun Fatimah (SK-STJ 73) di sini, semalam.

Dr Dzulkefly berkata, vaksin influenza ditawarkan hospital kerajaan hanya kepada golongan berisiko tinggi seperti pesakit dengan penyakit kronik dan golongan daya ketahanan rendah.

Beliau berkata, hanya pesakit memenuhi kriteria jangkitan sederhana atau teruk saja selepas melalui ujian saringan influenza di hospital akan ditahan di wad untuk rawatan lanjut.

Mengulas dakwaan kehabisan stok ubat dan vaksin, Dr Dzulkefly

berkata, kementeria­n sudah meminta pihak pembekal mendapatka­n stok vaksin influenza dengan segera bagi memenuhi permintaan di negara ini.

Katanya, kebanyakan fasiliti kesihatan swasta yang sebelum ini melaporkan kekurangan stok ubat antivirus bagi merawat influenza mula menerima bekalan masing-masing.

“Bagi fasiliti Kementeria­n Kesihatan pula, Pharmaniag­a memberi jaminan stok ubat antivirus akan terus dibekalkan tanpa sebarang gangguan bagi memastikan bekalan mencukupi pada setiap masa,” katanya.

Sementara itu, di Kelantan, Jabatan Kesihatan negeri tetap mengambil langkah berjaga-jaga termasuk menempatka­n petugas di tiga pintu masuk antarabang­sa sempadan Kelantan-thailand bagi melakukan pemeriksaa­n saringan walaupun tidak ada kes wabak penyakit Influenza A di negeri ini.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Dr Dzulkefly bersama Pengarah Pusat Darah Negara, Dr Noryati Abu Amin (dua dari kanan) pada Program Kempen Derma Darah anjuran Persatuan Alumni Sekolah Tun Fatimah (SK-STJ 73), semalam.
(Foto BERNAMA) Dr Dzulkefly bersama Pengarah Pusat Darah Negara, Dr Noryati Abu Amin (dua dari kanan) pada Program Kempen Derma Darah anjuran Persatuan Alumni Sekolah Tun Fatimah (SK-STJ 73), semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia