Berita Harian

Dua murid di Pahang disahkan dijangkiti

-

Kuantan: Dua murid sekolah rendah di Pahang disahkan dijangkiti virus Influenza A, kata Pengarah Pendidikan Pahang, Datuk Dr Tajuddin Mohd Yunus.

Beliau berkata, mangsa pertama membabitka­n murid Tahun Lima di sekolah di Raub yang dipercayai mula dijangkiti penyakit itu pada Khamis lalu selepas dibawa ke klinik kerana demam.

“Pihak sekolah dimaklumka­n ibu bapa kanak-kanak itu yang membawanya ke sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur dan difahamkan mangsa diberi arahan kuarantin selama lima hari bermula Khamis lalu,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Tajuddin berkata, kes kedua direkodkan di Kuantan membabitka­n murid Tahun Dua yang kini dirawat di sebuah hospital swasta di daerah ini.

Katanya, bapa murid itu memaklumka­n anaknya menghidap Influenza A selepas pihak sekolah menghubung­i keluarga itu kelmarin, berikutan murid terbabit gagal hadir ke sekolah bermula 6 Januari lalu.

Beliau berkata, Pejabat Kesihatan Daerah dimaklumka­n mengenai kes berkenaan supaya langkah sewajarnya dapat dilakukan bagi mengawal penularan virus itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia