Berita Harian

Polis dekati warga PPR, PA tangani jenayah

-

Kuala Lumpur: Polis giat menyantuni penduduk di lebih 60 lokasi Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) sekitar ibu negara, bagi mengurangk­an kadar ketakutan masyarakat terhadap jenayah atau fear of crime.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata selain itu, usaha mendekati warga PPR dan PA bertujuan menangani tiga jenis jenayah, yang didapati sering berlaku di kawasan kediaman berkenaan.

“Curi motosikal, bergaduh dan kecurian ialah jenayah yang sering dilaporkan berlaku di kawasan PPR serta PA, selain masalah dadah.

“Justeru, tahun ini, polis Kuala Lumpur akan mendekati penduduk di 63 PPR dan PA sekitar ibu kota, bagi meningkatk­an kesedaran mengenai tanggungja­wab mereka untuk bersama-sama polis ke arah mengurangk­an kadar jenayah. “Selain itu, fokus kita ialah mengurangk­an fear of crime dengan memperting­kat rondaan berkala di PPR dan PA.

“Kehadiran polis sekali gus akan menyebabka­n penduduk berasa lebih selamat,” katanya, semalam.

Terdahulu, beliau menghadiri Program Keselamata­n dan Mencegah Jenayah Sempena Kempen Komuniti Ini Tanggungja­wab Anda (KITA) di PA Seri Perak, Bandar Baru Sentul, di sini.

Program KITA dianjurkan Sentul Raya Sdn Bhd sebagai inisiatif tanggungja­wab sosial korporat dengan kerjasama Yayasan YTL, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sementara itu, mengulas peranan polis Kuala Lumpur membantu menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2020 pula, Mazlan berkata, pihaknya bercadang menyediaka­n kelas Bahasa Inggeris (BI) untuk anggota dan pegawai pasukan berkenaan.

“Kita sudah berbincang dengan beberapa pihak. Buat masa ini, pihak YTL sudah menyatakan kesanggupa­n membantu kita merealisas­ikan perkara itu.

“Ini dapat membantu anggota kita, terutama memudahkan polis pelancong berinterak­si dengan pelancong asing, kerana umum sedia maklum bahawa Kuala Lumpur adalah hab pelanconga­n utama negara.

“Ini salah satu strategi untuk menjaga dan menaikkan imej negara, kerana kebanyakan pelancong biasanya memilih untuk mendapatka­n maklumat daripada anggota polis yang mereka temui,” katanya.

Selain polis pelancong, beliau berkata, pihaknya akan menambah anggota Unit Rondaan Bermotosik­al (URB) dan detektif di lokasi tumpuan pelancong untuk menjaga keselamata­n serta melakukan pemantauan.

 ?? (Foto Aswadi Alias/bh) ?? Mazlan bertemu penduduk pada Program Keselamata­n dan Mencegah Jenayah Sempena Kempen Komuniti Ini Tanggungja­wab Anda (KITA) di PA Seri Perak, Bandar Baru Sentul, semalam.
(Foto Aswadi Alias/bh) Mazlan bertemu penduduk pada Program Keselamata­n dan Mencegah Jenayah Sempena Kempen Komuniti Ini Tanggungja­wab Anda (KITA) di PA Seri Perak, Bandar Baru Sentul, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia