Berita Harian

Indonesia mahu bawa pulang pengganas

-

Jakarta: Kerajaan Indonesia sedang mempertimb­angkan untuk bawa pulang sebahagian daripada lebih 100 warganya yang didakwa mempunyai kaitan dengan keganasan di Syria.

Menteri Koordinato­r Politik, Undang-undang dan Hal Ehwal Keselamata­n, Mahfud MD, berkata warga Indonesia berkenaan dipercayai masih berada di negara Asia Barat itu.

“Kita mempunyai ramai FTF (Pejuang Pengganas Asing), malah lebih daripada 6,000 rakyat kita di luar negara dikenal pasti sebagai pengganas. Kita mesti membawa mereka pulang. Di Syria, ada sekurang-kurangnya 187 orang (FTF),” katanya.

Beliau bagaimanap­un menegaskan, kerajaan tidak akan membawa pulang mereka yang akan dihakimi di Syria berikutan pembabitan dalam kegiatan keganasan itu.

Pada masa sama, beliau berkata, program deradikali­sasi di rumah kepada kumpulan itu perlu disediakan dengan sebaik mungkin.

Pihak keselamata­n Indonesia menjangkak­an kepulangan militan dari Syria ke negara ini sejak beberapa tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia