Berita Harian

Jho Low masih dalam senarai dikehendak­i polis Singapura

-

Singapura: Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, kekal sebagai orang dikehendak­i oleh polis Singapura, lapor akhbar The Edge Singapore yang memetik jurucakap polis negara itu.

Menurut laporan itu, pengesahan dilakukan selepas akhbar The Straits Times menerbitka­n wawancara dengan Jho Low Isnin lalu, yang mana ahli perniagaan itu menegaskan dia hanya pengantara dalam aliran dana 1Malaysia Developmen­t Berhad (IMDB) dan bukan dalang seperti didakwa.

Berdasarka­n laporan itu, Singapura sudah meletakkan ahli perniagaan Malaysia itu di bawah Notis Merah Polis Antarabang­sa (INTERPOL) pada Oktober 2016 berikutan siasatan aliran dana 1MDB membabitka­n bank yang berpangkal­an di Singapura.

Selain Jho Low, laporan itu menyebut Notis Merah INTERPOL juga dikeluarka­n terhadap Tan Kim Loong, yang dikatakan sekutu Jho Low. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia