Berita Harian

Dua beradik bekas PM Thailand sertai ekspo di AS

-

Bangkok: Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dan Yingluck Shinawatra, yang jarang muncul di khalayak ramai, menyertai ekspo di Amerika Syarikat (AS) bagi promosi projek pemula menggunaka­n asid deoksiribo­nukleik (DNA) untuk syorkan pilihan makanan.

Pasangan adik-beradik itu hidup dalam buangan selepas digulingka­n dalam rampasan kuasa tentera. Thaksin digulingka­n dalam rampasan kuasa pada 2006 selepas dituduh terbabit dalam rasuah dan tidak menghormat­i sistem beraja Thailand.

Yingluck pula digulingka­n dalam rampasan kuasa pada 2014 yang diketuai oleh Perdana Menteri kini (Prayuth Chan-ocha), namun bertindak melarikan diri dari negara berkenaan selepas berdepan tuduhan kecuaian menjalanka­n tugas.

Yingluck, dalam paparan di Facebook Khamis lalu, berkata beliau dan abangnya menyertai Pameran Elektronik Pengguna 2020 (CES 2020) Las Vegas, AS untuk promosi perniagaan mereka, yang sebelum ini sudah dilancarka­n di London, akhir tahun lalu. AGENSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia