Berita Harian

Korea Utara runding isu nuklear jika AS setuju syarat

-

Seoul: Korea Utara menegaskan hanya akan kembali ke meja rundingan berhubung isu nuklear jika Amerika Syarikat (AS) memenuhi semua tuntutanny­a sebelum ini.

Meskipun pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, menerima surat ucapan selamat hari lahir daripada Presiden AS, Donald Trump, kelmarin, hubungan peribadi itu tidak wajar menjadi asas untuk rundingan.

Trump dan Jong Un sudah mengadakan tiga pertemuan sejak Jun 2018, namun rundingan terhadap penamatan program nuklear menemui jalan buntu sejak berakhirny­a sidang kemuncak di Hanoi, Vietnam Februari tahun lalu.

Penasihat Kementeria­n Luar Korea Utara, Kim Kye Gwan, berkata seperti diketahui dunia, adalah benar bahawa hubungan peribadi antara Jong Un dan Trump baik.

“Namun, tidak masuk akal bagi menjangkak­an Pyongyang akan menyambung semula dialog semata-mata kerana hubungan peribadi yang semakin akrab,” katanya, seperti mana dilaporkan agensi berita rasmi Korea Utara, KCNA.

Dalam rundingan nuklear yang terbantut sebelum ini, beliau berkata sambungan semula dialog hanya akan menjadi kenyataan jika Washington bersetuju secara mutlak terhadap isu yang dibangkitk­an Korea Utara melalui perbincang­an terdahulu.

Melalui mesyuarat pentadbira­nnya pada Disember lalu, Jong Un mengisytih­arkan penamatan moratorium Korea Utara terhadap nuklear dan ujian peluru berpandu balistik antara benua.

Larangan atas inisiatif sendiri terhadap ujian itu menjadi asas penting terhadap diplomasi nuklear antara Pyongyang dan Washington sejak lebih dua tahun lalu, yang menyaksika­n kemajuan ketara.

Korea Utara tidak pernah secara rasmi mengesahka­n usia atau hari lahir Kim tetapi bintang bola keranjang, Dennis Rodman pernah menyanyika­n lagu ‘Selamat Hari Lahir’ buat pemimpin itu ketika perlawanan persahabat­an di Pyongyang pada 8 Januari 2014.

Hubungan peribadi Trump dan Jong Un, meskipun goyah, dilihat semakin baik secara ketaranya sejak permusuhan pada 2018 yang melihat mereka sering berbalas kritikan dan ancaman perang.

Bagaimanap­un, Kye Gwan menuduh Washington cuba memanipula­si hubungan baik antara kedua-dua pihak itu demi kepentinga­n politik.

Kye Gwan menegaskan, walaupun Jong Un mempunyai perasaan yang baik terhadap Trump, dalam erti kata sebenar, ia adalah ‘secara peribadi’.

“Kita diperdayak­an AS, kita terperangk­ap dalam dialog selama lebih setahun setengah dan ia adalah masa yang dibazirkan untuk kita,” katanya.

Tambah beliau, Korea Utara tidak akan mengalah berhubung pembanguna­n nuklearnya semata-mata untuk mendapat pelepasan sekatan, sebaliknya hanya akan kembali ke meja rundingan apabila AS sedia membuat perakuan.

Namun, tidak masuk akal bagi menjangkak­an Pyongyang akan menyambung semula dialog semata-mata kerana hubungan peribadi yang semakin akrab.

Kim Kye Gwan,

“Pembukaan semula dialog AS hanya akan menjadi kenyataan jika AS bersetuju dengan semua syarat dibangkitk­an Korea Utara sebelum ini, tetapi kita tahu bahawa AS tidak mampu melakukann­ya,” katanya. AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia