Berita Harian

7 mata bezakan Reds, City

Kajian dapati perebutan kejuaraan lebih menarik tanpa VAR

-

Tanpa Pembantu Pengadil Video (VAR), Liverpool tidak akan mendahului Liga Perdana Inggeris terlalu jauh, dan Manchester United akan terjerumus lebih jauh ke dasar liga.

Itu senario yang akan terjadi sekiranya VAR, yang tampil buat pertama kali dalam Liga Perdana Inggeris musim ini, belum diguna pakai.

Musim ini menyaksika­n banyak keputusan kontrovers­i dicetus sistem baharu itu termasuk gol kemenangan minit terakhir Gabriel Jesus ke atas Tottenham dibatalkan kerana bola terkena tangan, sekali gus mencetus kemarahan pengendali Manchester City, Pep Guardiola.

Pemain Liverpool Roberto

Firmino juga menjadi mangsa VAR apabila golnya ke atas Aston Villa dibatalkan kerana sebelum itu ketiaknya dikatakan berada dalam kedudukan ofsaid - seperti dijelaskan pengendali liga.

Dalam satu kajian dijalankan di London, persaingan kejuaraan musim ini akan menjadi lebih menarik sekiranya VAR belum diguna pakai.

Norwich akan mengumpul mata sama dengan pasukan di tangga ke-16, manakala Manchester United akan tergelinci­r ke tangga kesembilan.

Sementara itu, persaingan di tangga teratas antara pendahulu Liverpool dan Manchester City akan menjadi lebih sengit dengan jurang berkurang kepada hanya tujuh mata - berbanding 14 sekarang.

Liverpool dikatakan pasukan paling bermanfaat daripada VAR di mana kemenangan ke atas Crystal Palace baru-baru ini, seharusnya berakhir seri jika tidak dibantu VAR yang membatalka­n jaringan James Tomkins.

Manchester United juga, tanpa VAR, akan berada di tangga kesembilan, dua mata kurang daripada kutipan sekarang, manakala Tottenham akan menghuni tangga kelapan.

Di tangga tercorot, Norwich sepatutnya mengumpul enam mata tambahan dan melonjak ke tangga ke-18. Antara keputusan VAR yang paling kontrovers­i buat skuad kendalian Daniel Farke ialah gol Teemu Pukki dibatalkan juga kerana ketiaknya berada dalam kedudukan ofsaid.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia