Berita Harian

‘Saya sudah cuba buat terbaik’

Zii Jia gagal tandingi kehebatan Momota

- Helmi.talkah@bh.com.my

Oleh Helmi Talkah

Kuala Lumpur: Pemain perseorang­an lelaki negara, Lee Zii Jia mengakui malu susulan kegagalann­ya memberikan tekanan kepada pemain nombor satu dunia, Kento Momota.

Ini selepas dia tewas 10-21, 19-21 di tangan Momota dalam aksi separuh akhir Masters Malaysia di Arena Axiata Bukit Jalil, malam tadi.

Pemain berusia 21 tahun itu, berkata Momota jelas tidak tertekan dengan corak permainann­ya dan lihat sekadar menikmati perlawanan yang berlangsun­g selama 43 minit itu.

“Sepanjang perlawanan dalam fikiran saya hanya satu... saya malu. Bukan saya cakap dia tidak menghormat­i saya tetapi memang boleh nampak yang dia tidak serius langsung.

“Dia bermain tanpa tekanan dan hanya menikmati perlawanan. Saya sudah cuba buat yang terbaik untuk memberikan dia tekanan tetapi tidak menjadi dan ini satu perkara yang saya perlu kerja keras untuk atasi,“kata Zii Jia selepas tamat perlawanan.

Pemain ranking ke-14 dunia itu juga mengakui jurang masih terlalu jauh dengan Momota dan banyak perkara yang perlu dipertingk­atkan bagi menyaingi kehebatan juara dunia itu.

“Saya akan bincang dengan jurulatih bagi memperting­katkan dan perbaiki kelemahan saya.

“Memang nampak permainan Momota mudah tetapi paling penting adalah dia kurang melakukan kesilapan. Berapa banyak pukulan pun dia boleh tahan.

“Saya percaya kalau pukulan yang dilakukan, pemain dalam kelompok lima terbaik dunia pun tidak boleh tahan. Ini adalah kekuatan utama yang dimiliki Momota,” kata Zii Jia yang tewas kali keenam di tangan Momota.

Turut gagal mara ke final beregu campuran negara, Chan Peng Soon-goh Liu Ying apabila tewas di tangan pasangan nombor dua dunia, Wang Yi Lyu-huang Dong Ping 10-21, 13-21.

Final Masters Malaysia

 ?? (Foto Eizairi Shamsudin / BH) ?? Peng Soon-liu Ying turut gagal ke final.
(Foto Eizairi Shamsudin / BH) Peng Soon-liu Ying turut gagal ke final.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia