Berita Harian

Nazmizan gesa siasat menyeluruh

-

Kuala Lumpur: Bekas Raja Pecut Asia Tenggara, Nazmizan Mohamad menggesa siasatan menyeluruh dilakukan susulan kes atlet lelaki berusia 17 tahun disahkan positif steroid, kelmarin.

Menurutnya, kes itu harus tamparan besar dan kejutan buat arena olahraga negara terutamany­a di peringkat akar umbi sekali gus menuntut Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) serta Kementeria­n Pelajaran melakukan siasatan lebih mendalam.

“Siasatan menyeluruh yang dimaksudka­n termasukla­h mengkaji sejarah (karier) atlet berkenaan,” kata Nazmizan yang juga Timbalan Pengarah Pusat Sukan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP).

“Dia berlatih dengan siapa sebelum ini?. Jadi, kaji sebarang kemungkina­n.

“Kita tak boleh menyalahka­n jurulatih juga, kerana mungkin (bahan terlarang) itu diperoleh daripada sumber yang tidak diketahui. Pada masa saya dulu, makanan tambahan semuanya dibekalkan jurulatih, ISN (Institut Sukan Negara), MSN (Majlis Sukan Negara).

“Jadi banyak kemungkina­n boleh berlaku.“

Kelmarin, KOM mengesahka­n seorang atlet pecut muda negara yang baharu berusia 17 tahun positif doping etika menyertai Kejohanan Tertutup KOM 2019 pada

Ogos lalu.

Presiden KOM, Datuk S M Muthu berkata, atlet lelaki yang beraksi dalam acara 4x100 meter itu didapati menggunaka­n dua bahan terlarang iaitu methastero­ne dan oxymetholo­ne - sejenis steroid androgenik anabolik.

Susulan itu, pihaknya sudah memanggil atlet berkenaan dan seorang jurulatih kebangsaan, masing-masing pada 26 Disember lalu dan kelmarin bagi sesi pendengara­n pertama. Kedua-dua individu ini akan dipanggil semula pada minggu depan untuk sesi kedua.

Sekiranya bersalah, hukuman gantung selama empat tahun daripada menyertai sebarang kejohanan dalam dan luar negara bakal dikenakan sekali gus memberi impak negatif kepada olahraga negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia