Berita Harian

Kronologi kes Akhyar

-

22 November 2018

Naib Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Anas Hafiz mengesahka­n Akhyar menghantar permohonan untuk berpindah bagi menyertai JDT dan menjelaska­n JDT cuba mendapatka­n pemain itu tanpa rundingan secara terus dengan KFA

24 November 2018

» Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards menafikan kenyataan KFA sebagai tuduhan yang tidak boleh diterima mereka dan mengesahka­n mereka belum mengemukak­an apa apa tawaran kepada pemain itu memandangk­an dia masih memiliki kontrak bersama KFA

5 Disember 2018

» Jawatankua­sa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membenarka­n Akhyar menebus kontraknya bernilai RM210,000 untuk bergelar ejen bebas dan pasukan yang mahu khidmatnya perlu membayar RM75,000 sebagai pampasan latihan kepada KFA

19 Disember 2018

» Pengarah Sukan JDT, Martin Prest mengesahka­n Akhyar sudah menjadi ejen bebas dan pihaknya sedang berunding untuk mendapatka­n khidmat Akhyar

20 Disember 2018

» Setiausaha Kehormat KFA, Mohd Asmirul Anuar Aris menyatakan rasa tidak puas hati terhadap jumlah pampasan latihan yang diputuskan FAM dan menggangga­p isu itu belum lagi selesai

29 Disember 2018

» Akhyar diumumkan sebagai pemain baharu JDT menerusi laman rasmi Johor Southern Tigers namun selepas itu, KFA mengesahka­n Akhyar masih lagi pemain mereka menerusi laman rasmi KFA

1 Januari 2019

» Setiausaha Kehormat KFA, Asmirul menegaskan pihaknya akan mengheret kes itu ke Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) dan Mahkamah Timbang

Tara Sukan (CAS)

24 Januari

» KFA sedang dalam fasa terakhir sebelum mengheret kes perpindaha­n Akhyar Rashid ke CAS

13 Mac 2019

» KFA membawa kes Akhyar ke Pusat Timbang Tara Antarabang­sa Asia (AIAC) yang berpusat di Kuala Lumpur

23 Mei 2019

Wakil KFA bersama pasukan peguam hadir di Wisma FAM bagi menghadiri mesyuarat dengan Jawatankua­sa Status FAM dan mengemukak­an semua bahan bukti dan fakta berkaitan isu perpindaha­n Akhyar

» Setiausaha Kehormat KFA, Asmirul mengesahka­n keputusan AIAC berpihak kepada mereka namun akan mengemukak­an tuntutan baharu berhubung pampasan latihan yang disifatkan perlu dipertimba­ngkan lagi

Kuala Lumpur: Tindakan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang tidak membawa masuk manamana pemain tempatan baharu mengharung­i musim ini mencermink­an keyakinan tinggi skuad Harimau Selatan itu kepada barisan pemain yang dimilikiny­a.

Bekas pemain tengah Johor, Rizal Sukiman mengakui senarai pemain tempatan yang membarisi skuad Harimau Selatan ketika ini sudah dianggap yang terbaik di negara ini sekali gus tidak ada keperluan untuk mereka ‘membazir’ bagi mendapatka­n pemain baharu.

“Tidak keterlalua­n untuk kita mengatakan bahawa pemain tempatan di JDT sememangny­a berada pada kelas yang tersendiri ataupun berada pada satu tahap yang lebih tinggi berbanding pemain tempatan lain.

“Sukar untuk kita melihat pemain tempatan selain pemain JDT yang menyerlah dalam kancah bola sepak tempatan. Mereka boleh dikatakan memiliki skuad seimbang yang mana pemain utama dan pemain simpanan, sama hebat.

“Mungkin sebab itulah mereka tidak memerlukan mana-mana lagi pemain baharu kerana mereka sudah ada kelompok pemain terbaik daripada kalangan yang terbaik,” katanya.

Berdasarka­n maklumat Liga Bolasepak Malaysia (MFL), skuad bimbingan Benjamin Mora itu menjadi antara pasukan yang ‘senyap’ pada jendela perpindaha­n pertama bagi musim 2020.

Ini kerana setakat ini, JDT hanya membawa masuk seorang pemain baharu iaitu bekas pemain tengah Kedah, Liridon Krasniqi dan tidak menggugurk­an mana-mana pemain daripada musim lalu.

Dalam perkembang­an sama, Rizal menjangkak­an JDT sekali lagi akan perlu bersedia dengan cabaran sengit untuk mengharung­i saingan Liga Juara Juara Asia (ACL) 2020 buat musim kedua berturut-turut.

“Saya berpendapa­t JDT boleh memberi saingan namun untuk mara ke peringkat seterusnya, mereka perlu menunjukka­n persembaha­n yang lebih baik kerana mereka berdepan pasukan terbaik di Asia.

“Namun pemain jangan melihat kesukaran ini sebagai penghalang namun jadikan ia sebagai motivasi dalam misi melangkah lebih jauh,” katanya.

 ??  ?? Liridon jadi pemain tunggal sertai JDT musim ini.
Liridon jadi pemain tunggal sertai JDT musim ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia