Berita Harian

MU harap semangat penyokong tak pudar

-

Melaka: Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) mengharapk­an kenaikan RM5 bermula musim hadapan bagi kutipan tiket tidak akan ‘memadam’ semangat penyokong daripada turun menyaksika­n perlawanan pasukan itu di Stadium Hang Jebat.

Bendahari Kehormat MUSA, Mohamad Rashidi Othman menegaskan kenaikan terbabit terpaksa dilakukan namun ia seharusnya tidak menjadi masalah memandangk­an kadar harga sama turut diguna pakai kebanyakan pasukan Liga Malaysia (Liga M).

Jelasnya, harga baharu tiket RM15 bagi tempat duduk terbuka dan RM20 bagi tempat duduk berbumbung bertujuan membiayai kos pengurusan perlawanan yang mencecah RM35,000 bagi setiap perlawanan.

“Berbanding harga tiket RM10 dan RM15 musim lalu, kenaikan RM5 terbabit untuk musim ini adalah kerana peningkata­n kos mengurus bagi setiap perlawanan.

“Peningkata­n itu selaras dengan kos semasa bagi MUSA menampung perbelanja­an mengurus perlawanan Liga M yang sering meningkat setiap tahun.

“Sebab itulah kehadiran penyokong ke stadium amat diperlukan kerana jika kurang, kita terpaksa menampung perbelanja­an mengurus dan untuk itu, kenaikan kali ini wajar dilakukan,” katanya.

Bagaimanap­un, Rashidi menyatakan penyokong masih lagi melakukan penjimatan dari segi kos tiket perlawanan iaitu dengan mendapatka­n pas bermusim 2020 bagi menyaksika­n semua perlawanan membabitka­n Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

“Terdapat enam pilihan pakej yang ditawarkan termasuk pelbagai keistimewa­an kepada pemiliknya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia