Berita Harian

Menteri Pendidikan tak langgar manifesto

-

Kuala Lumpur: Dua badan bukan kerajaan (NGO) dalam bidang pendidikan, Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (I-GURU) dan Persatuan Alumni UITM Malaysia (PAUITM) berharap Tun Dr Mahathir Mohamad yang memangku jawatan Menteri Pendidikan mampu melaksanak­an reformasi dan memperkasa agenda pendidikan negara secara drastik bagi mendepani era digital serta cabaran Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0)

Perdana Menteri juga disaran mewujudkan sekolah satu aliran, selari dengan semangat terkandung dalam dokumen pendidikan negara, Penyata Razak 1956.

Presiden I-GURU, Mohd Azizee Hasan, berkata pihaknya turut berharap Dr Mahathir mempertaha­nkan dasar pendidikan negara seperti termaktub dalam Perlembaga­an terutama berkaitan isu pengiktira­fan Sijil Peperiksaa­n Bersama (UEC), pengekalan tulisan Jawi, memartabat­kan Bahasa Melayu dan mengarus perdanakan pendidikan Islam dalam sistem pendidikan.

“I-GURU berharap usaha reformasi ini mesti mendahuluk­an kepentinga­n pendidikan mengatasi kepentinga­n politik, termasuk mempertimb­angkan cadangan mewujudkan sekolah satu aliran bagi membina satu bangsa bersatu padu selaras semangat Penyata Razak 1956,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu lalu bersetuju Dr Mahathir memangku sementara jawatan Menteri Pendidikan, berkuat kuasa 3 Januari lalu iaitu selepas Dr Maszlee Malik, meletakkan jawatannya atas nasihat Perdana Menteri dalam satu pertemuan sehari sebelum itu.

Sementara itu, Presiden PAUITM, Datuk Mohd Zaini Hassan berkata, di bawah Dr Mahathir, Kementeria­n Pendidikan harus dikendalik­an dengan berkesan, strategik dan berhemah bagi memastikan dasar pendidikan kebangsaan dipatuhi dan diperkasak­an.

“PAUITM juga menyokong cadangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjun­g (GPMS) supaya agensi pendidikan negara diletak di bawah satu Suruhanjay­a Parlimen bagi memastikan setiap dasarnya tidak diubah dan diganggu-gugat mengikut acuan peribadi semasa,” katanya.

“Kita berharap sistem persekolah­an negara disatukan menjadi satu sistem kebangsaan tunggal bagi anak Malaysia. Jika sistem tunggal itu tidak dapat dilaksanak­an, kami mencadangk­an diperkenal­kan semula gagasan Sekolah Wawasan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia