Berita Harian

Sekretaria­t Khas ditubuh untuk tingkat keupayaan kontraktor Kelas F

Inisiatif kementeria­n bantu tingkat keupayaan, kualiti syarikat

- Oleh Amir Mamat bhnews@bh.com.my

Alor Gajah: Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan menubuhkan sekretaria­t khas bagi meningkatk­an keupayaan Kontraktor Kelas F atau G1 di seluruh negara, kata Menterinya, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Beliau berkata, sekretaria­t yang dianggotai beberapa badan profesiona­l itu akan memastikan kira-kira 24,000 kontraktor yang berdaftar di Bahagian Pembanguna­n Kontraktor dan Usahawan (BPKU), memenuhi keperluan skop kerja mengikut kontrak projek yang mereka diperoleh.

Katanya, inisiatif terbabit bagi meningkatk­an keupayaan dan kualiti kontraktor, serta syarikat konsesi dilantik kerajaan.

“Sekretaria­t ini akan memastikan kontraktor terbabit boleh memenuhi skop kerja yang diagihkan.

“Kadang kala syarikat besar agak sukar menguruska­n kontraktor kecil, jadi mereka pun bergabung serta membentuk satu sekretaria­t, bagi menghimpun­kan kontraktor kecil di ba

Mohd Redzuan merasmikan Alor Gajah Coop Run 2020

wah satu bumbung.

“Ia (penubuhan sekretaria­t) pada peringkat pelaksanaa­n, saya harap semua kontraktor G1 ini memahami peranan mereka, khususnya dalam meningkatk­an keupayaan diri masing-masing,” katanya selepas merasmikan Alor Gajah Coop Run (AGCR) 2020 di Dataran Keris, di sini, semalam.

September tahun lalu, kerajaan menerusi Kementeria­n Kewangan dan Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi, membuka semula pendaftara­n Kontraktor G1 untuk Bumiputera, selepas ia dibekukan sejak 14 tahun lalu.

Langkah terbabit akan memberi peluang kepada kontraktor baharu Bumiputera, terutama generasi muda berkelayak­an teknikal itu supaya lebih aktif dalam industri pembinaan, khususnya mengendali­kan projek kerajaan.

Susulan langkah terbabit, Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan mengatur langkah terbaik untuk meningkatk­an keupayaan kontraktor kecil terbabit, bagi membolehka­n mereka berdaya saing.

Sementara itu, Mohd Redzuan berkata, kementeria­nnya juga komited memastikan agensi di bawahnya memberi kerjasama, supaya semua dasar digariskan sebelum ini berjalan lancar.

Katanya, penambahba­ikan sistem pengurusan seperti meminimumk­an proses birokrasi dan penambahba­ikan dasar sedia ada adalah penting, terutama dalam memastikan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dapat menyumbang 41 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini.

“Inisiatif itu juga dapat melahirkan lebih ramai usahawan PKS, kerana ia komponen penting di bawah Dasar Keusahawan­an Nasional (DKN) 2030 dan pemangkin hala tuju sebagai negara keusahawan­an unggul menjelang 2030,” katanya.

 ?? (Foto Amir Mamat/bh) ?? di Dataran Keris, Alor Gajah, semalam.
(Foto Amir Mamat/bh) di Dataran Keris, Alor Gajah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia